info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Mi goreng mamak letak 'peanut butter', dari rasa biasa terus sedap ke 'next level'

Lead Image

BERKUNJUNG ke restoran mamak, hidangan mi goreng menjadi antara menu yang akan dipesan.

Aroma 'smoky' yang harum boleh membuatkan sajian dengan rasa pedas, masin dan manis ini memang boleh buat sesiapa sahaja terliur!

Seorang wanita di Facebook dikenali sebagai Nafisah Zulkfili mencuri tumpuan ramai selepas berkongsi rahsia menaikkan lagi rasa mi goreng mamak ke tahap 'another level'.

Siapa sangka, bahan rahsia yang digunakannya hanyalah mentega kacang!

"Terima kasih yang kongsi tip ni. Memang another level mi goreng mamak letak peanut butter ni... Moga traffic light hijau sentiasa ya.

Hidangan mi goreng mamak sememangnya menjadi antara menu kegemaran ramai. 

"Selain mi goreng mamak dalam masakan apa lagi boleh cuba eh? Gian pula kita," tulisnya.

Bagi mereka yang mahu mencuba rasa unik mi goreng ini, dia tidak lokek berkongsi resipinya.

"Resipi campak versi kita la eh hidangan dalam dua orang makan.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

"Tumiskan cili kering, bawang putih kisar dan tomato kemudian masukkan ayam/daging. 

"Masukkan mi kuning, kicap manis, sedikit gula, sesudu mentega kacang, telur kemudian akhir sekali sayur sawi dan tauge," kongsinya.

Di ruangan komen pula, hantarannya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja untuk mencuba kelainan tersebut. 

Antara komen di Facebook.

Ada yang menyifatkan penggunaan mentega kacang sebagai cara mudah menggantikan kuah kacang dalam masakan itu.

"Wah, tak terfikir selama ni! Padahal kalau order mi goreng mamak memang diaorang letak kuah kacang. Terima kasih bagi tip!

"Mi goreng mamak memang letak sedikit kuah sambal kacang, tambah sedap. Letak peanut butter belum pernah cuba nanti bolehlah kita buat," komen beberapa warganet.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman memasak mi goreng versi tersendiri dengan memanfaatkan lebihan kuah makanan.

"Saya selalu simpan lebihan kuah sate dalam freezer tahan lama. Memang simpan khas untuk buat mi goreng mamak.

"Good idea. Memang mi klasik utara diaorang akan siram kuah kacang yang dimasak dengan ubi keledek. Boleh guna idea baharu ni," tambah beberapa netizen lagi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Awas, 'tumbler' diisi air kelapa boleh meletup jika dibiar lama!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Masak bolognese, ramai silap teknik ketika sediakan tomato! Beri kesan besar pada rasa

Terhangat