Bacaan gula darah turun dalam 90 hari, wanita ubah 4 perkara tanpa kos tinggi
PEMILIHAN diet yang betul sangat penting untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik dan lebih bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.
Di Threads seorang individu memberi contoh pencapaian seorang wanita sebaik sahaja dia mengubah corak diet dan aktiviti harian.
"Seorang wanita berjaya menurunkan bacaan gula dalam darah berpuasa dari 6.55 kepada 5.11 dalam tempoh 90 hari.
"Wanita ini mengubah empat perkara. Tiada yang mahal," kongsi lelaki tersebut.

Inividu berkenaan turut menekankan bahawa wanita itu tidak berhenti mengambil karbohidrat sepenuhnya, tidak menambah senaman kardio mahupun tidak membeli sebarang suplemen mahal.
Sebaliknya, dia hanya mengubah urutan pengambilan makanan, waktu makan dan jumlah serat dalam diet hariannya yang sebelum ini menyumbang kepada lonjakan paras gula dalam darah.
Bagi permulaan, wanita berkenaan mengubah cara dia mengambil karbohidrat.
“'Sebelum ini, saya kerap memulakan setiap hidangan dengan nasi atau roti.
MENARIK DIBACA: Nasi Kerabu Kelantan kini dilindungi Cap Kolektif, tak boleh letak kubis dan tauge
MENARIK DIBACA:Salt Bae kerjasama dengan jenama pastri warisan mewah Itali, buka restoran di Ibiza
"Selepas mengetahui bahawa pengambilan karbohidrat terlebih dahulu boleh menyebabkan kenaikan gula darah yang lebih tinggi selepas makan, saya terus mengubah urutan makanan.
“Saya makan sayur-sayuran dahulu, diikuti protein dan kemudian karbohidrat. Rasa mengantuk dan lesu sekitar jam 3 petang hilang dalam tempoh 10 hari. Semuanya tidak memerlukan sebarang kos',” kongsinya.
Seterusnya individu ini berkongsi tentang cara wanita itu mengekalkan bacaan gula dalam darah dengan mengamalkan rutin berjalan selepas makan malam.
Sebelum ini paras gula dalam darah akan terus meningkat selama berjam-jam selepas makan malam, hingga membuatkan badan terasa berat dan fikiran menjadi kabur.

"'Otot menggunakan glukosa daripada darah ketika bergerak jadi setiap malam saya berjalan kaki selama 10 minit selepas makan.
"'Dalam tempoh dua minggu, saya mula bangun pagi tanpa rasa letih dan badan lesu seperti sebelum ini.
"'Saya tak pernah rasa ia ada kaitan dengan paras gula dalam darah sehinggalah selepas itu bacaan gula saya menunjukkan perubahan,” jelasnya lanjut.
Bagi amalan ketiga, wanita berkenaan meningkatkan pengambilan serat dari 12 gram kepada 30 gram sehari.
“Rasa 'craving', tenaga sering merudum dan perut sukar mengecil walaupun dah mencuba pelbagai cara, semuanya saya anggap berpunca daripada faktor usia.
“'Apabila saya mula mencatat pengambilan serat harian dan mendapati jumlahnya hanya 12 gram sehari, barulah saya faham. Saya tambah dua sudu besar chia seed dan semangkuk sayur dalam dua hidangan setiap hari.
“'Lonjakan paras gula dalam darah mula berkurangan secara beransur-ansur. Orang sekeliling juga mula bertanya apa yang saya lakukan',” katanya.

Bagi teknik keempat wanita berkenaan mengamalkan pengambilan satu sudu besar cuka epal bersama secawan air setiap hari.
"'Ketika pemeriksaan kesihatan, bacaan gula darah ketika berpuasa masih berada di atas paras normal walau apa pun yang saya makan.
“Dalam tempoh 60 hari, saya mencampurkan satu sudu besar cuka epal dalam segelas besar air dan meminumnya 15 minit sebelum hidangan terbesar saya.
"'Kemudian bacaan gula darah selepas makan menunjukkan penurunan yang tidak saya capai walaupun sudah berbulan-bulan mengurangkan pengambilan makanan,” katanya lagi.
Apa yang tak diubah?
Dia tidak berhenti mengambil karbohidrat sepenuhnya dan tidak menambah senaman kardio atau membeli sebarang suplemen mahal.
Sebaliknya, dia memperbaiki susunan pengambilan makanan, waktu makan dan pengambilan serat yang sebelum ini menjadi faktor kepada setiap lonjakan paras gula dalam darah.
Hasilnya, setiap bacaan menunjukkan perubahan positif.