info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Video

Masakan sering dipuji sedap, Farhan teringin buka kedai makan tapi risau tak cukup masa

PENYANYI bersuara gemersik, Orked Farhan berkongsi tentang aktiviti kegemarannya di rumah iaitu memasak.

Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia Musim Keempat (AF4) itu, minatnya terhadap memasak berputik sejak dia berusia sembilan tahun apabila sering membantu ibu di dapur.

Selepas memiliki keluarga sendiri, Farhan menjadikan memasak sebagai rutin wajib setiap hari, malah masakannya sering mendapat pujian keluarga dan rakan-rakan.

Menyimpan impian untuk membuka sebuah restoran makanan kampung suatu hari nanti, Farhan bagaimanapun mengakui belum cukup yakin untuk memulakan bisnes kedai makan kerana terikat dengan jadual yang sangat padat.

TONTON VIDEO PENUH

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular