info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Video

Ikut bapa berniaga sejak kecil, Donna Muslim sambung bisnes popia keluarga

MENERUSKAN perniagaan popia yang diusahakan bapanya sejak hampir empat dekad lalu, pelakon dan model, Donna Muslim mahu bisnes keluarganya itu kekal dan bertahan.

Sejak 2018, Donna atau nama sebenarnya Donna Muslim Nuzmul Komar telah mengambil alih bisnes popia basah dan kering dengan penjenamaan baharu dikenali sebagai Papapopia.

Menurut Donna, sebagai anak dia berasa bertanggungjawab untuk memastikan perniagaan yang dahulu dikenali sebagai Wak Popia Sri Watan itu terus 'bernafas'.

Walaupun telah merentasi tempoh yang agak panjang, rasa dan saiz popia yang disediakan masih kekal dengan harganya sedikit berubah.

Kelebihan Papapopia bukan sahaja terletak pada kulitnya yang dibuat sendiri, tetapi juga sos manis yang digunakan enak dan tidak muak ketika dimakan.

Lokasi: Jalan 11, Taman Putra, Ampang, Selangor

Waze:Papapopia by Wak Popia Sri Watan

Waktu operasi: 1.30 petang hingga 6.30 petang, tutup Jumaat

TONTON VIDEO PENUH 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular