Bubur asyura utara manis berlemak, 'dessert' istimewa bulan Muharam buat ramai jatuh hati
BUBUR asyura versi utara tampil dengan gabungan rasa lemak dan manis yang cukup unik, berbeza jika dibandingkan dengan resipi sajian sama di negeri lain.
Setiap suapan dipenuhi jagung, kacang hijau, ubi serta mempunyai aroma santan yang kuat dengan teksturnya lebih padat dan mengenyangkan.
Bukan sekadar menjadi juadah tradisi Muharam, hidangan ini juga mampu membangkitkan nostalgia aktiviti memasak secara gotong-royong di kampung dan sesuai dimakan seisi keluarga.
Kalau ada yang teringin nak makan, boleh cuba Bubur Asyura Maveles yang dimasak segar setiap hari sepanjang Muharam!
Lokasi : Bubur Asyura Maveles, Bukit Jelutong, Shah Alam
Waktu operasi : 7 pagi hingga 5 petang
: Rabu hingga Isnin (Selasa cuti)
Tempahan: Dibuka sepanjang bulan Muharam
TONTON VIDEO PENUH