Pemuda OKU pendengaran jadi barista di kafe sendiri, hasilkan kopi istimewa di Silent Brew
BUKAN sekadar lokasi untuk menikmati secawan kopi dengan rasa seimbang dan aroma memikat, terdapat satu keistimewaan pada kafe ini apabila pemiliknya adalah orang kurang upaya (OKU) pendengaran.
Mengasaskan kafe Silent Brew, Muhammad Farid Muhammad Mustafa mengalami kecacatan pendengaran di telinga kiri akibat kemalangan motosikal ketia usianya 10 tahun dan sejak itu menggunakan alat bantuan pendengaran.
Bagaimanapun keadaan dirinya itu langsung tidak menjadi penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang yang diminatinya iaitu perniagaan kopi.
Di Silent Brew, setiap cawan kopi yang dihasilkan tidak sekadar bancuhan biasa, tetapi terhasil daripada kesungguhan, ketelitian, disiplin dan kecintaan baristanya terhadap kopi.
Itulah ramuan sebenar yang membuatkan Silent Brew begitu istimewa.
Nak tahu bagaimana minat bertukar menjadi rezeki dan inspirasi? Ikuti kisah penuh ispirasi pemilik Silent Brew yang membuktikan tiada halangan apabila kita melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.
LOKASI: Silent Brew Coffee, Desa Setapak, Kuala Lumpur
WAKTU OPERASI: Selasa hingga Ahad (Isnin cuti)
8 pagi hingga 2 petang | 3 petang hingga 10 malam
TONTON VIDEO PENUH