Ammar Ahyan peminat ayam gepuk... Tak suka durian, rebung sebab nafas berbau
ANAK kepada usahawan terkenal Aliff Syukri, Ammar Ahyan mengakui tidak menggemari durian dan rebung kerana kedua-duanya menyebabkan nafas berbau.
Bagaimanapun Ammar, 18, mempunyai minat terhadap bidang masakan malah hebat dalam menyediakan daging dan sotong bakar serta beberapa menu ringkas seperti nasi goreng, juga spageti bolognese.
Apabila ditanya mengenai makanan kegemaran, Ammar berkata dia sangat menggemari ayam gepuk selain pelbagai sajian berasaskan kari yang mempunyai gabungan rempah.
Remaja itu mendedahkan dia tidak begitu mengikuti perkembangan makanan viral di media social kerana kurang berminat untuk beratur panjang semata-mata mahu mencuba sesuatu hidangan hanya kerana ia popular.
TONTON VIDEO PENUH