Roti boleh dibekukan, mampu tahan hingga 6 bulan! Ini kaedah penyimpanan betul
ROTI tidak habis dimakan akan berkulat jika disimpan terlalu lama, mahu dibuang terasa sayang pula.
Hantaran seorang wanita di Threads menarik perhatian apabila dia berkongsi bagaimana dia dapat menyimpan roti dengan lebih lama tanpa perlu bimbang ia cepat rosak iaitu dengan cara membekukannya.
"Sebab bekukan roti sama konsep macam bekukan nasi. Sampai lima jenis roti membeku dalam freezer ni," katanya sambil memuat naik foto aneka jenis roti yang disimpan dalam sebuah bekas.

Dalam hantaran seterusnya, wanita ini turut berkongsi cara untuk membekukan roti dalam peti sejuk.
Tambahnya lagi, dia merupakan seorang peminat roti tetapi pernah 'memusuhi' makanan itu selama beberapa tahun sebelum mengetahui bahawa roti juga boleh dibekukan seperti mana nasi.
MENARIK DIBACA: Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan
MENARIK DIBACA:Sagu mangga isi melimpah, rasa manis berlemak... Setiap suapan cukup nikmat
"Saya peminat roti tapi sempat musuhi roti beberapa tahun. Bila dapat tau kaedah bekukan roti ni macam nasi, saya makan semula tapi cuma sekeping dua dan dalam sebulan cuma dua atau tiga kali saja.
"Bekukan roti sebelum tarikh expired. Pastikan habis dimakan sebelum enam bulan dari tarikh tu. Tak mungkin setengah tahun tak habis.
"Nak makan terus, just letak suhu bilik satu hingga dua minit. Nak panaskan, boleh panaskan time beku tak payah defrost dulu. Kalau dalam freezer ni saya suka," kongsinya lagi.
Hantaran ini turut menarik perhatian ramai seorang pakar diet dan nutrisi, Farah Hanani Amir Hamzah.
“This is how we create Resistant Starch. Penyejukan kena lebih 12 jam dalam suhu 2-5 darjah celcius dan pemanasan kena low heat tak boleh guna high heat. Nanti starch tu boleh bertukar balik seperti biasa.
"Resistant starch ni, dia dah jadi macam fiber meaning tak diserap 100 peratus oleh badan. Jadi tak naikkan gula dalam darah seperti masih karbo biasa. Dietitian approve kaedah ni!" katanya.

Dia turut berkongsi suhu pemanasan yang disarankan iaitu bawah 120 darjah celcius, menggunakan kaedah bakar, 'microwave', kukus atau rebus.
Selain roti, kaedah ini boleh digunakan untuk semua jenis karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, laksa, spagheti dan kentang.
"Resistant starch bermaksud proses ini ubah karbo sahaja iaitu kanji. Tak ubah gluten sebab gluten itu protein," katanya.
Dalam pada itu terdapat juga netizen yang tampil berkongsi bahawa mereka juga melakukan kaedah sama.
"Saya terus bekukan jadi sandwich! Time nak makan defrost tiga minit dalam microwave then pan grill both sides ataupun air fryer. Mudah sangat buat stok sahur.
"Ada baca hari tu, kalau buat roti beku ni bila kita panaskan balik dia punya GI akan jadi lebih rendah so boleh kawal insulin spike," antara komen warganet.
Secara umum menyimpan roti di dalam peti sejuk beku boleh membantu memanjangkan tempoh penyimpanan dan mengurangkan pembaziran makanan.
Pastikan roti dibungkus dengan baik, disimpan pada suhu beku yang sesuai dan tidak mempunyai tanda kerosakan sebelum dimakan.