Seharian diet, 'terbabas' waktu makan malam! Kunyah sirih bantu halang gula masuk ke darah
DAUN sirih sering dikaitkan dengan penjagaan serta kebersihan mulut dan digunakan dalam pelbagai amalan tradisional.
Menariknya, beberapa kajian turut meneliti kandungan sebatian semula jadi dalam daun sirih serta kemungkinan kesannya terhadap metabolisme glukosa.
Perkara ini turut dikongsikan Pakar Psikologi Klinikal, Dr Rizal Abu Bakar yang menyentuh potensi daun sirih dalam membantu mengawal peningkatan gula dalam darah selepas makan.

Menurutnya, pengambilan makanan seperti nasi, mi goreng dan burger boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, terutama apabila makanan tersebut mengandungi karbohidrat diuraikan menjadi glukosa oleh sistem pencernaan.
"Makan malam memang tidak digalakkan. Katalah dah termakan nasi, mi goreng dan burger. Gula dalam darah meningkat. Macam mana nak turunkan? Salah satu caranya adalah dengan mengunyah daun sirih selepas makan atau ketika perut kosong.
"Daun sirih halang gula masuk ke pembuluh darah. Kajian dari International Journal of Pharmaceutical Sciences 2025 sahkan perkara ini.
MENARIK DIBACA: Kecoh deodoran haruman 'chicken nugget' di pasaran - "Ada orang akan bau ayam sepanjang hari"
MENARIK DIBACA: Banyak khasiat minum air rebusan daun kari, mampu rawat buasir dan cegah bau badan... Tambah halia lagi umphh!
"Daun sirih juga hasilkan semula sel beta pancreatic. Ini sel yang hasilkan insulin. Info ini juga dari jurnal sama," kongsinya.
Beliau turut berkongsi tentang keistimewaan daun sirih yang mengandungi Eugenol dan Chavibetol di dalamnya.
"Regu berdua inilah halang serapan glukos. Dengan cara halang alfa-glukosidase dan alfa-amilase. Keduanya adalah enzim pencernaan bertugas untuk tukarkan kanji kepada glukos.
"Kajian dari International Journal of Ayurvedic Medicine 2026 pula kata boleh turunkan fasting blood glucose levels dalam kalangan pesakit diabetes.

"Lepas ni bolehlah cuba selepas ni. Tak perlu campur dengan kapur atau buah pinang. Hanya daunnya saja," kongsinya.
Untuk maklumat lebih terperinci, boleh semak jurnal Acta Ecologica Sinica 43(2) 2022.
Daun sirih mempunyai kandungan sebatian semula jadi menarik untuk diterokai dalam penyelidikan kesihatan, termasuk potensinya dalam kawalan glukosa.
Dalam pada itu ada juga netizen mengaitkan perkara ini dengan kesihatan orang dulu-dulu.
"Patut la orang tua dulu-dulu payah gemuk. Sirih rupanya.
"Nak kata tak makan malam lepas Isyak makan juga. Lepas tu lepak luar makan sirih, make sense," katanya.