KUALI | Tip & Trik

Ada 4 cara ayam goreng rangup berjus, tak berdarah... Cara restoran segera rupanya mudah sahaja!

Lead Image

NAK dapatkan ayam goreng rangup di luar, berjus di dalam dan kekal rangup walaupun sudah sejuk bukan mudah.

Ayam dimasak sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, selain tekstur keras, ada ketika terlalu berminyak dan masih berdarah, memang potong selera.

Namun, jangan putus asa kerana tak mustahil ayam goreng dihidangkan boleh kekal rangup jika gunakan tip penyediaan betul.

Ayam goreng berjus dan rangup menjadi kegemaran ramai.

Ada satu teknik sudah lama digunakan di restoran, terutama restoran makanan segera untuk dapatkan ayam goreng rangup sempurna menggunakan campuran tepung dan teknik gorengan dua kali.

Oleh itu, boleh masak sendiri goreng salut tepung rangup di rumah dengan hasil ayam goreng rangup jimat dan puas makan.

Biarkan ayam rehat dulu, elak dari terus menggoreng.

1.Rendam ayam dalam air suam

Sebaiknya, biarkan ayam rehat dulu, elak dari terus menggoreng jika bahan itu dikeluarkan dari peti sejuk.

Jika tidak cair beku sepenuhnya, ayam tidak akan masak dengan sempurna bila digoreng.

Rebus ayam terlebih dahulu untuk dapatkan tekstur lembut.

2.Rebus ayam sekurang-kurangnya 15 minit

Jika anda menggemari potongan ayam bersaiz besar, lebih baik rebus terlebih dahulu untuk pastikan isi ayam masak sempurna.

Cara ini juga dapat membantu mengurangkan kesan darah pada ayam apabila digoreng nanti bahkan isinya menjadi lebih empuk.

MENARIK DIBACA:Papan pemotong kayu pun ada cara menjaganya, cef kongsi petua sapu minyak bebas bakteria dan tahan lama

MENARIK DIBACA:Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

Jumlah masa diperlukan untuk merebus adalah antara 15 minit hingga 30 minit bergantung pada jenis potongan ayam dan kaedah merebus.

Jangan rebus terlalu lama kerana khuatir isi ayam menjadi terlalu kering.

Jumlah tepung digunakan bergantung pada jumlah ayam.

3.Pastikan jumlah tepung sama banyak

Jumlah tepung digunakan bergantung pada jumlah ayam.

Salut ayam dalam bancuhan tepung. Ulang beberapa kali agar rata.

Terdapat pelbagai bancuhan tepung rangup sedia guna di pasaran mengikut selera masing-masing termasuk rasa asli atau pedas.

Jika ingin buat sendiri dirumah, boleh cuba resipi ringkas dengan mencampurkan tepung beras, tepung jagung, serbuk paprika dan serbuk bawang putih dengan sedikit garam dan air.

Teknik gorengan dua kali dapat menghasilkan ayam goreng enak dinikmati.

4.Guna kaedah goreng dua kali

Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Mulakan proses gorengan pertama dengan api perlahan.

Goreng sampai bahagian luar tepungitu berwarna kuning keemasan muda. Jangan risau jika ayam nampak belum cukup masak sepenuhnya kerana memang tujuan gorengan pertama.

Angkat dan toskan. Letak atas penapis atau tisu dapur untuk buang lebihan minyak dan rehatkan selama 30 minit

Masa ini penting supaya kelembapan dalam isi ayam stabil. Ini bantu elakkan ayam cepat lembik selepas goreng kali kedua nanti.

Kemudian, lakukan gorengan kedua dengan api sederhana. Panaskan minyak sekali lagi, kali ini dengan api sederhana.

Masukkan semula ayam tadi dan goreng sampai warna keemasan. Hasilnya, ayam akan jadi lebih rangup dan tak cepat lemau walaupun sudah lama digoreng.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

[V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2

Terhangat