Bukan makanan laut sahaja, 6 jenis sayur ini pun punca gout makin teruk!
PESAKIT yang mengalami masakan gout sering diingatkan supaya mengawal atau mengelak daripada mengambil makanan laut seperti udang, sotong dan ketam atau daging secara berlebihan.
Ini kerana ia dikatakan boleh menjadi punca masalah tersebut menjadi lebih serius.
Menurut laporan dikeluarkan oleh laman web rasmi Hospital Pantai, gout ialah masalah kesihatan dicirikan oleh sendi radang dan menyakitkan.

Biasanya gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik atau kristal urate pada bahagian yang terjejas.
Apabila serangan gout berlaku, ia biasanya terjadi serta-merta dan tanpa amaran. Anda mungkin merasa sakit secara tiba-tiba pada sendi terjejas.
Gout boleh menjejaskan mana-mana sendi terutamanya sendi ibu jari kaki, tengah kaki, buku lali, lutut, jari, pergelangan tangan dan siku.
MENARIK DIBACA: Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak
MENARIK DIBACA: 62 air balang percuma sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
Selain makanan laut dan daging terdapat beberapa jenis sayur juga boleh mengakibatkan peningkatan asid urik dan sekali gus menyebabkan memburukkan lagi gout.
Menurut perkongsian oleh Dr. Ulfa dari @mediklinikulfa, antara sayur-sayuran yang perlu dihadkan oleh pesakit gout kerana berpotensi menaikkan asid urik adalah seperti:
- Taugeh
- Bayam
- Cendawan
- Asparagus
- Kacang panjang
- Bendi

Walaupun sayur-sayuran diketahui kaya dengan pelbagai kebaikan dan sumber vitamin namun enam jenis sayur tersebut mengandungi purin yang boleh menyumbang kepada peningkatan kadar asid urik dalam badan.
Bagaimanapun, diet pesakit gout haruslah mengandungi pelbagai jenis sayuran namun perlu menghadkan sayur mengandungi purin dan tidak mengambilnya secara berlebihan.