Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak
KALAU kerap menggunakan mesin pengisar atau blender setiap kali memasak, lambat laun mata pisaunya akan jadi tumpul.
Bila dah tumpul, bahan yang dikisar bukan saja lambat hancur malah teksturnya pun kasar dan tak halus.
Patutnya cepatkan kerja, sekali makin melambatkan pula!
Bagaimanapun, ada cara mudah yang dikongsikan pengguna Facebook dikenali sebagai Kak Za untuk menajamkan semula mata pisau pengisar tanpa perlu beli baru.

Menurutnya, cukup gunakan bahan yang memang sedia ada di dapur sahaja, seperti berikut:
1. Kulit telur
Asingkan kulit telur daripada isinya, basuh bersih.
Masukkan kulit telur ke dalam pengisar dan tambah sedikit air.
Kisar sehingga hancur – tekstur kulit telur akan bantu menajamkan semula mata pisau.

2. Garam kasar
Masukkan kira-kira secawan garam kasar ke dalam pengisar.
Kisar seketika sehingga garam menjadi halus.
MENARIK DIBACA: Wanita masuk hospital selepas 6 bulan amal minum matcha
MENARIK DIBACA: Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak
Kristal garam yang keras ini berfungsi sebagai agen pengasah semula jadi.

3. Kertas aluminium
Potong aluminium foil kepada beberapa kepingan kecil.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
Ulang beberapa kali untuk hasil yang lebih berkesan.

4. Hampas kelapa
Ambil hampas kelapa parut yang tidak lagi digunakan.
Masukkan ke dalam pengisar dan kisar selama 5–10 minit tanpa air.
Selain menajamkan mata pisau, hampas kelapa juga boleh menghilangkan bau dan sisa minyak.