KUALI | Nutrisi

Vitamin C, halia dan kurma: Kombinasi terbaik atasi masalah haid tak teratur

Lead Image

MASALAH kitaran haid tidak menentu atau lewat merupakan perkara biasa dialami ramai wanita.

Keadaan ini boleh berpunca daripada tekanan, perubahan hormon, gaya hidup tak teratur atau masalah kesihatan tertentu.

Selain mendapatkan rawatan perubatan, pemilihan makanan harian juga penting untuk membantu melancarkan kitaran haid.

Makanan ini bukan sahaja membantu mengatur kedatangan haid malah, membekalkan nutrien penting untuk kesihatan rahim dan keseimbangan hormon.

Jom lihat tujuh makanan berkhasiat yang membantu memastikan haid lebih teratur.

Khasiat vitamin C pada buah sitrus membantu merangsang hormon estrogen.

1. Buah-buahan kaya vitamin C

Vitamin C berperanan meningkatkan kadar estrogen dalam badan yang membantu merangsang pengecutan rahim dan mencetuskan kitaran haid.

Antaranya, buah-buahan sitrus seperti oren, limau, lemon dan limau gedang (grapefruit).

Bukan itu sahaja, buah beri seperti strawberi, raspberi dan kiwi juga mengandungi vitamin C serta antioksidan penting untuk kesihatan reproduktif.

Halia boleh mengurangkan kesakitan senggugut.

2. Halia

Halia berfungsi sebagai ejen emenagog semula jadi, iaitu bahan yang membantu merangsang aliran darah ke rahim.

Mengambil air rebusan halia secara konsisten dipercayai membantu mencetuskan haid lebih cepat, terutamanya jika kitaran terlewat.

Selain merangsang haid, halia juga membantu melegakan sakit senggugut kerana mempunyai sifat anti-radang semula jadi.

Kunyit membantu merehatkan otot rahim.

3. Kunyit

Kandungan kurkumin dalam kunyit membantu merangsang peredaran darah di bahagian pelvis dan rahim.

Kunyit juga bersifat antispasmodik, iaitu boleh membantu merehatkan otot rahim dan mengurangkan kesakitan semasa haid.

Enzim bromelin yan terdapat dalam nanas membantu melabncarkan aliran darah.

4. Nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang dipercayai membantu mengawal hormon seperti estrogen.

Enzim ini membantu melancarkan aliran darah serta mengurangkan keradangan dalam tubuh sekali gus memudahkan haid datang dengan lebih cepat.

MENARIK DIBACA: Hampas kelapa paling berkesan tajamkan mata pisau blender, siap boleh hilangkan bau dan sisa minyak

MENARIK DIBACA: Jangan main beli jer, kenali jenis dan kod minyak masak

Amalkan makan nanas segar dalam kuantiti sederhana beberapa hari sebelum tarikh jangkaan haid.

Khasiat dalam parsli memudahkan proses peluruhan dinding rahim.

5. Parsli

Parsli mengandungi dua bahan aktif iaitu vitamin C dan apiol yang boleh merangsang pengecutan otot rahim.

Kedua-duanya membantu memudahkan proses peluruhan dinding rahim, yang boleh mempercepatkan haid.

Namun, wanita hamil perlu mengelakkan pengambilan parsli secara berlebihan kerana dikhuatiri merangsang kontraksi rahim sehingga berisiko menyebabkan keguguran.

Zat besi dalam kurma membantu menggantikan darah yang hilang semasa haid

6. Kurma

Kurma boleh membekalkan tenaga segera, yang dipercayai membantu menghasilkan haba dalaman badan yang boleh merangsang haid.

Kandungan zat besi dalam kurma membantu menggantikan darah yang hilang semasa haid serta mengurangkan risiko anemia.

Asid lemak omega-3 dalam salmon membantu menstabilkan hormon.

7. Salmon

Salmon kaya dengan asid lemak omega-3 yang membantu menstabilkan hormon dan mengurangkan keradangan dalam badan.

Protein berkualiti tinggi dalam salmon turut menyokong penghasilan hormone seimbang serta membantu proses pembaikan tisu dalam rahim.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Ada sebab atlet dan individu alergi kacang perlu elak minum air kelapa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Bukan makanan laut sahaja, 6 jenis sayur ini pun punca gout makin teruk!

Terhangat