[V] Farah Ann terharu tetamu minta tapau 'brownies' air tangannya sebab sedap sangat!
BEKAS atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi mengakui dia tidak handal dalam bab masakan dan masih belajar untuk memantapkan kemahiran di dapur.
Bagaimanapun, Farah, 32, tidak teragak-agak berkongsi bakatnya dalam bidang pastri, malah air tangannya sering menjadi rebutan sewaktu Aidilfitri.
Menurut pemenang pingat emas Sukan Asia 2017 menerusi kategori Senam Lantai itu, menjelang Aidilfitri, kek brownies air tangannya bersama ibu sentiasa dinanti-nantikan tetamu kerana diakui sangat sedap.
Malah, ada dalam kalangan tetamu tidak segan silu meminta untuk membawa pulang sajian itu ke rumah.
Kata Farah, walaupun tidak berapa pandai memasak sekurang-kurangnya dia mempunyai sajian hasil air tangan sendiri yang boleh dibanggakan.
Dalam perkongsian lain Farah turut bercerita mengenai disiplin pemakanan ketat bagi seorang atlet serta diet yang diamalkan menjelang kejohanan besar.
TONTON VIDEO PENUH