Aliff Syukri jual soto RM22 sebekas, guna ayam dara - "Sedap memanggil-manggil"
USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman nampaknya semakin rancak meneroka dunia perniagaan makanan.
Terbaharu, pemilik gelaran Papa Terlajak Laris itu mencuri perhatian apabila memperkenalkan Soto Apong yang dijual pada harga RM22 untuk satu hidangan.
Menerusi perkongsian di media sosial, Aliff bukan sahaja mempromosikan menu berkenaan malah mendakwa soto tersebut menggunakan resipi rahsia keluarganya sejak turun temurun.

"Resipi rahsia keturunan Papa (panggilannya), guna ayam dara yang belum pernah disentuh. Memang kesedapan memanggil-manggil," katanya menerusi perkongsian tersebut.
Lebih menarik, Aliff turut mendakwa hidangan berkenaan sudah dinikmati beberapa selebriti dan artis sambil mengajak orang ramai yang ingin merasai hidangan itu supaya datang ke Wisma D'Herbs, Kota Damansara.
"Sudah ramai artis yang rasai Soto Apong Papa. Korang yang nak boleh datang Wisma D'Herbs Kota Damansara. Siapa cepat dia dapat!" ujarnya.
MENARIK DIBACA: Aliff Syukri kongsi cara masak cumi 'style' Indonesia, katanya 'sumpah sedap'!
MENARIK DIBACA: Aliff Syukri tunjuk cara buat kerabu sare Kelantan… Rasa pedas, masam dan berlemak buat ramai terpikat
Bisnes terbaharu Aliff itu mengundang pelbagai reaksi pengikutnya dengan rata-rata berkongsi rasa teruja dengan jualan tersebut.
Tidak kurang juga berkongsi pandangan tentang harga RM22 yang dianggap mahal, namun 'dimarahi' oleh ahli perniagaan kontroversi itu.
"Tadi tanya netizen mahal ke murah? Dah cakap 'mahal' kena marah pula.
"Mungkin zaman anak saya nanti soto jadi RM60. Harga sekarang pun dah cecah RM20. Gurau ye Datuk.
"Dari mengandung teringin nak makan soto tak dapat. Sekarang tengah berpantang nampak pula soto Datuk," antara komen netizen.
Selain Soto Apong, Aliff sebelum ini pernah menjual beberapa produk makanan antaranya Jeruk Mangga Papa Laris, Sup Jolo, Mee Soho, sambal hitam dan sambal kering, sambal bilis dan kurma.