info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Aliff Syukri kongsi cara masak cumi 'style' Indonesia, katanya 'sumpah sedap'!

Lead Image

CUMI (sotong) masak ala Indonesia air tangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri seperti yang dikongsikannya dalam media sosial nampak sangat menyelerakan.

Bahan dan cara penyediaan hidangan tersebut juga sangat mudah, malah tidak memerlukan masa yang lama untuk membuatnya.

Sotong yang segar digabungkan dengan tumisan cili hijau dan aroma daun limau purut menjadikan hidangan ini cukup membuka selera. 

Lebih menarik, penggunaan gula merah memberikan rasa lemak manis yang seimbang, sekali gus menaikkan lagi keenakan sajian cumi masak ala Indonesia ini.

Bahan yang digunakan juga mudah dan sederhana.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kilogram sotong kering (dicuci bersih)

Bahan B

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili hijau
  • 1 biji buah keras
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato

Bahan C

  • Gula merah
  • Garam
  • Lada putih
  • Serbuk perasa

MENARIK DIBACA: [V] Tokti penggemar ikan sungai, malu-malu mengaku handal masak patin tempoyak - "Level kepakaran 9 per 10"

MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor

Langkah penyediaan

  1. Rebus sotong katak sekitar lima minit, angkat dan ketepikan.
  2. Goreng semua bahan B sehingga layu kemudian kisar hingga halus.
  3. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
  4. Masukkan sotong katak yang telah direbus ke dalam bahan tumis kemudian kacau sehingga sebati.
  5. Perasakan dengan gula merah, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Ayam goreng, telur rebus 'bergabung' dalam periuk! Lauk acar ini diakui enak, istimewa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

'Aunty' India ajar cara masak kari 'terangkat'! Tak guna santan tapi berlemak, bahan tumis jadikan kuah pekat

Terhangat