info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Mana satu bagus? Ini 4 jenis susu mengikut 'ranking', dari biasa hingga terbaik

Lead Image

JANGAN terkejut kalau susu yang selama ini anda anggap sihat sebenarnya bukan pilihan terbaik untuk mengawal paras gula dalam darah. 

Bagi mereka yang mempunyai rintangan insulin, pemilihan susu perlu mengambil kira kandungan gula, karbohidrat serta protein.

Malah, ramai antara kita beranggapan bahawa semua jenis susu mempunyai manfaat yang sama. 

Sesetengah orang menganggap susu berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti oat sebagai pilihan paling sihat kerana dikaitkan dengan gaya hidup sihat.

Tapi tahukah bahawa kandungan karbohidrat, gula dan protein dalam setiap jenis susu berbeza-beza? 

Di Threads, seorang lelaki dikenali sebagai Akmal Hakim berkongsi bahawa terdapat beberapa jenis pilihan susu, dari biasa hingga terbaik bagi individu yang ingin mengawal paras gula dalam darah dan insulin.

Berikut ialah 'ranking' jenis susu yang dikongsikan:

Setiap jenis susu mempunyai kandungan nutrisi yang berbeza.

1. Susu badam tanpa gula (terbaik)

Pilihan nombor satu dalam senarai ini ialah susu badam tanpa gula.

Susu jenis ini mempunyai kandungan karbohidrat rendah dan menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula serta mengawal kenaikan glukosa dalam darah.

Susu ini merupakan pilihan lebih sesuai bagi individu yang mempunyai masalah rintangan insulin.

Jika anda gemar menikmati kopi di kafe popular, satu pilihan yang boleh dicuba ialah caffe latte menggunakan susu badam tanpa gula tambahan sirap.

Dengan cara ini, anda dapat menikmati minuman kegemaran sambil mengurangkan pengambilan gula tambahan.

2. Susu soya (baik)

Susu soya tanpa gula berada pada kedudukan kedua.

Antara kelebihannya ialah kandungan protein yang boleh membantu memperlahankan proses penyerapan glukosa. 

Diingatkan juga, penting untuk memilih susu soya tanpa gula tambahan bagi mengelakkan pengambilan gula tidak diperlukan.

Antara jenama yang dicadangkan dalam perkongsian tersebut ialah Homesoy versi no added sugar.

Jadi, sebelum membeli susu soya pastikan anda menyemak label pemakanan dan memilih produk yang tidak mengandungi gula tambahan.

Pilihan susu yang tepat penting untuk menjaga kesihatan tubuh.

3. Susu berperisa (sederhana)

Kebanyakan susu berperisa mengandungi gula tambahan yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan merangsang pengeluaran insulin.

Jika ingin mengambil susu, pilihan yang lebih baik ialah susu asli tanpa perisa atau gula tambahan.

Susu segar penuh krim dan susu rendah lemak juga boleh dipertimbangkan. 

Walaupun ada yang mengatakan susu skim mengandungi gula tambahan, perbezaan kandungan gula pada label nutrisi sebenarnya tidak begitu ketara.

MENARIK DIBACA:  Pilih susu oat, soya dan badam kerana anggap lebih sihat? Fakta penting ini anda perlu tahu

MENARIK DIBACA: Suka ambil 'dessert' lepas makan, risiko Alzheimer meningkat 69 peratus - Kajian

Malah, susu biasa dianggap pilihan lebih baik berbanding krimer atau susu pekat manis. 

Lemak semula jadi dalam susu penuh krim juga boleh membantu memperlahankan tindak balas kenaikan glukosa selepas pengambilan makanan.

Bagi individu yang mengalami intoleransi laktosa, susu berasaskan tumbuhan boleh menjadi alternatif.

4. Susu oat (biasa)

Susu oat sering dianggap sebagai antara pilihan susu paling sihat. 

Menurut perkongsian tersebut, susu oat mengandungi karbohidrat yang boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dengan cepat.

Pengambilannya pada waktu pagi boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat sebelum menurun semula, bahkan ia membuatkan badan cepat letih dan mudah lapar.

Justeru jangan terus menganggap susu oat sebagai pilihan terbaik hanya kerana ia berasaskan tumbuhan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bacaan gula darah turun dalam 90 hari, wanita ubah 4 perkara tanpa kos tinggi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Tular imej x-ray larva cacing penuh badan! Puncanya air, makanan tak dicuci bersih

Terhangat