Kulit kerang putih bersih, rahsianya cuci guna serbuk kunyit
PROSES membersihkan kerang boleh mengambil masa lama jika dilakukan satu per satu, terutama apabila ia dibeli dalam kuantiti banyak.
Pelbagai petua dikongsikan orang ramai bagi memudahkan urusan ini, termasuklah menggunakan bahan sememangnya tersedia di rumah.
Seorang individu amat menghargai perkongsian seorang pengguna Threads yang memperkenalkan petua membersihkan kerang menggunakan serbuk kunyit.

Menurutnya, kaedah itu bukan sahaja mudah dilakukan malah membantu menjimatkan masa ketika menyediakan bahan masakan.
"Terima kasih 'kakak Threads' atas tip mudah basuh kerang guna serbuk kunyit. Saya dah tak jumpa posting akak, semoga urusan dipermudahkan selalu.
"Memang menjadi, cepat dan sangat memudahkan kerja di dapur. Tip simple tapi besar manfaatnya. Terima kasih sudi berkongsi ilmu!" katanya.
Di ruangan komen, wanita berkenaan turut menjelaskan bahawa kerang hanya perlu direndam selama kira-kira lima minit menggunakan serbuk kunyit sebelum dibilas dengan air bersih.
MENARIK DIBACA: Tiada selut, kulit putih bersih! Ini 6 cara mudah cuci kerang, pilih ikut keselesaan
MENARIK DIBACA: Resipi kerang lemak pucuk paku memang mantap, kuahnya pedas buat bertambah nasi
Jika mahu membersihkannya dengan lebih bersih, tempoh rendaman boleh ditambah mengikut keperluan.
"Rendam, lepas tu basuh dengan air bersih," jelasnya.
Perkongsian ringkas ini menarik perhatian warganet untuk tampil berkongsi petua masing-masing menggunakan bahan mudah bagi membersihkan makanan sebelum dimasak.
"Basuh siput sedut pun guna kunyit serbuk dan garam kasar. Pertama sekali buang lumpur, lepas tu siang dan rendam kejap dengan air. Letak kunyit serbuk, garam kasar, gaul dengan siput dan biar beberapa minit. Nanti lendir keluar.

"Tip saya rendam dengan air dan ais.
"Rendam ayam dengan serbuk kunyit garam. Senang nak cuci lendir ayam dengan sempurna," antara komen netizen.
Kerang perlu dibersihkan menggunakan air bersih dan diperiksa bagi memastikan kotoran dapat dibuang selain perlu dimasak sepenuhnya bagi mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan.