KUALI | Resipi Tradisi

Resipi kerang lemak pucuk paku memang mantap, kuahnya pedas buat bertambah nasi

Lead Image

JIKA anda penggemar masakan kampung yang berlemak dan beraroma, resipi kerang masak lemak pucuk paku ini pasti menambat selera.

Gabungan kerang segar, pucuk paku dan kuah santan pedas berlemak menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan apatah lagi dinikmati bersama nasi panas.

Resipi istimewa ini bukan sahaja mudah disediakan tetapi menggunakan bahan asas mudah didapati di pasar.

Apa tunggu lagi, jom cuba buat sendiri resipi ini di rumah.

MENARIK DIBACA: [V] Mak-mak mesti suka, 7 produk seafood sejuk beku ini mudahkan kerja memasak

MENARIK DIBACA: Esen vanila rahsia French toast bertambah sedap, memang tak cukup makan satu 

Bahan-bahan

  • 1kg kerang (dicuci dan direbus)
  • 1 ikat pucuk paku (direbus)
  • 8-10 tangkai cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam
  • Serbuk ikan bilis
  • Daun Kunyit (dihiris)

Langkah penyediaan

  1. Kisar kunyit hidup dan cili api, kemudian masukkan ke dalam kuali tanpa minyak.
  2. Masukkan serai dititik lalu tambahkan satu cawan air dan tumis seketika.
  3. Masukkan santan dan tambah lagi sedikit air secukupnya.
  4. Masukkan kerang dan pucuk paku yang telah direbus, lalu biarkan seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk ikan bilis secukupnya, jangan lupa masukkan asam keping.
  6. Tabur daun kunyit dihiris dan biarkan sehingga kerang serta pucuk paku betul-betul masak, lalu siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tak perlu ubi keledek, ini resipi kuah pasembur guna biskut Marie

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ayam cendawan butang stail orang Cina, ringkas tapi mewah rasa

Terhangat