KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ayam cendawan butang stail orang Cina, ringkas tapi mewah rasa

Lead Image

PENGGUNAAN sayur-sayuran yang pelbagai memang menjadi trademark masakan Cina yang bukan sahaja seimbang tetapi menggoda selera.

Salah satu hidangan klasik digemari ramai adalah ayam masak cendawan butang.

Gabungan rasa ayam dan cendawan dengan campuran kicap manis dan sos tiram menaikkan lagi rasa dua bahan utamanya.

Menu autentik ini sesuai dimasak untuk hidangan keluarga yang tidak memerlukan teknik kompleks malah bahan-bahan lain memang tersedia di dapur.

Jom cuba masak hidangan sedap, sihat dan menepati citarasa ramai ini.

Cendawan butang kaya dengan sumber serat.

Bahan-bahan

  • 500g isi ayam bahagian peha atau dada dipotong sederhana besar
  • 200g cendawan butang dihiris separuh
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 cawan kecil stok ayam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Daun bawang untuk hiasan

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

MENARIK DIBACA: Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

Cara penyediaan

  1. Campurkan ayam dengan sedikit garam, lada putih dan 1 sudu kecil sos tiram. Perap selama 15 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan ayam diperap ke dalam kuali, kacau sehingga ayam berubah warna dan hampir masak.
  4. Tambahkan cendawan butang, kacau rata. Masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan stok ayam. 
  5. Biarkan mendidih dan kecilkan api, masak selama 15 minit sehingga kuah sedikit pekat.
  6. Taburkan daun bawang di atas sebelum dihidangkan bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi kerang lemak pucuk paku memang mantap, kuahnya pedas buat bertambah nasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Hidangan ubi kayu Thailand berbeza rasanya, kuah santan rahsia keenakannya

Terhangat