info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

[V] Tikus sakan 'kenduri' dalam tong tauge di pasar Kuala Lumpur

Lead Image

BEBERAPA ekor tikus dirakam sedang ‘berpesta’ menikmati tauge di sebuah premis yang didakwa terletak di pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Kejadian itu sekali lagi mencetuskan rasa geli dan kebimbangan orang ramai, apatah lagi haiwan perosak berkenaan dilihat berada di atas timbunan tauge dipercayai untuk dijual kepada pelanggan.

Isu ini mendapat perhatian selepas seorang pengguna Threads, berkongsi [video] siaran langsung yang memaparkan beberapa ekor tikus bertenggek di atas tauge yang diletakkan di dalam sebuah tong besar.

Kejadian dikatakan berlaku di pasar Pudu, Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan, bukan seekor-dua tikus yang kelihatan sebaliknya beberapa ekor haiwan perosak itu bebas bergerak di atas timbunan sayur tersebut.

Menerusi perkongsian itu, pengguna berkenaan meluahkan rasa terkejut selain mempersoalkan nasib tauge yang sudah tercemar, sama ada akan dibuang atau tetap dijual kepada pelanggan.

“Sebelum ini tular kes tikus makan ayam dalam tong, kali ini tular sekali lagi tikus makan tauge? Paling mengejutkan, bukan seekor tikus tapi banyak.

“Aku tak rasa tauge tu dibuang, pasti dijual. Loya tekak,” kongsinya.

MENARIK DIBACA: Tular video staf lemaskan ayam, dakwaan jual bangkai... Jakim buat siasatan menyeluruh

MENARIK DIBACA: Ada sebab tikus suka menyelinap masuk ke dapur, 5 makanan ini tarik perhatiannya

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya tidak dapat menyembunyikan rasa geli melihat keadaan berkenaan.

Di ruangan komen, ada netizen turut menyuarakan kebimbangan mengenai tahap kebersihan premis serta risiko keselamatan makanan sekiranya tauge yang sudah tercemar itu terus dijual kepada orang ramai.

Komen netizen yang menyuarakan kebimbangan atas kejadian yang berlaku.

Malah, ada yang menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebersihan makanan yang dijual kepada pengguna sentiasa terpelihara.

“Tikus pun dah besar macam kucing.

“Konon tak nak makan ayam sebab kotor, sekarang sayur pula yang kotor.

"Jadi sekarang ni nak kena mula tanam tauge sendiri ke macam mana?" antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Kolaborasi Hock Kee - KITKAT tawar keenakan coklat dalam sajian kopitiam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Wanita maut tercekik ketika buat cabaran makan pantas

Terhangat