Aroma cengkih di rumah cukup menenangkan, tak perlu lagi bakhoor mahal
NAK rumah sentiasa berbau harum tak semestinya perlu beli pewangi yang mahal-mahal.
Kadang-kadang, bahan yang ada di dapur pun boleh dijadikan alternatif untuk menghasilkan wangian semula jadi di rumah.
Salah satunya ialah cengkih yang mana bahan kecil ini sebenarnya boleh menghasilkan aroma cukup menyenangkan apabila dibakar seperti dikongsikan seorang pengguna di Threads.
Jadi, tak perlulah berbelanja besar untuk membeli bakhoor atau gaharu yang harganya agak mahal.
Bagi yang belum tahu, bakhoor adalah sejenis wangian tradisional dari Timur Tengah yang digunakan untuk mengharumkan rumah, pakaian dan badan.

Sebagai pilihan lain, boleh cuba petua mudah menggunakan cengkih ini bagi alternatif untuk mewangikan ruang rumah.
Menariknya, selain menghasilkan bau harum, aroma cengkih juga tidak digemari lipas dan cicak.
Rumah pun lebih harum, suasana terasa lebih menyenangkan! Barulah seronok nak duduk dan 'melekat' lama-lama di rumah.
Tip bakar cengkih
- Untuk hasilkan wangian ini, cengkih perlu dibakar menggunakan arang.
- Jika menggunakan arang bakau, aromanya dikatakan lebih harum tetapi prosesnya agak mengambil masa kerana perlu menunggu sehingga arang betul-betul membara.
- Kalau mahu cara yang lebih mudah pula, anda boleh gunakan arang jenis fast-burning untuk lebih cepat membara.
- Malah, kalau hendak mencampurkan cengkih dengan bahan-bahan wangian bakhoor yang lain pun boleh. Ikut sahaja kesukaan dan aroma masing-masing.
MENARIK DIBACA: Mana satu bagus? Ini 4 jenis susu mengikut 'ranking', dari biasa hingga terbaik
MENARIK DIBACA: Suka ambil 'dessert' lepas makan, risiko Alzheimer meningkat 69 peratus - Kajian
Cara wangikan rumah menggunakan cengkih
- Mula-mula, bakar arang terlebih dahulu sehingga menjadi bara.
- Apabila arang sudah membara, taburkan cengkih di atas bara tersebut.
- Biarkan aroma cengkih keluar dan memenuhi ruang rumah.
- Mudah sahaja, bukan? Tak perlu bahan mahal atau proses rumit. Cukup dengan cengkih dan arang, rumah boleh harum dengan aroma semula jadi.