info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Petua mak mentua guna kacang hijau, garam berkesan! Hilang lenguh kaki, sakit tumit

Lead Image

MASALAH lenguh kaki dan sakit tumit bukan sahaja dialami golongan berusia malah individu yang kerap berdiri atau berjalan dalam tempoh lama turut berdepan situasi sama.

Perkara tersebut semestinya boleh mengganggu aktiviti harian serta menyebabkan ketidakselesaan berpanjangan jika tidak diatasi.

Seorang wanita di Threads  berkongsi petua mudah yang dipelajari daripada ibu mentuanya, didakwa membantu mengurangkan rasa tidak selesa pada kaki dengan hanya menggunakan dua bahan dapur.

Dia pada mulanya sering melihat ibu mentua menggesek-gesek kaki dalam sebuah besen tetapi mengakui tidak pernah mengambil tahu tentang kaedah tersebut.

"Saya selalu tengok mak mentua buat sebab dia memang ada masalah sakit tumit. Bila saya sendiri alami kaki lenguh barulah terbuka hati nak cuba.

Seorang wanita berkongsi petua menggesek kkai menggunakan kacang hijau bersama garam kasar.

"Alhamdulillah memang menjadi. Lepas buat rasa lenguh pada kaki semakin berkurangan," katanya.

Apa yang menarik, petua tersebut hanya menggunakan dua bahan mudah dan murah yang kebiasaannya terdapat di rumah iaitu garam kasar dan kacang hijau.

Bagaimanapun, wanita berkenaan berkata dia hanya melakukannya sekali sehari sebelum tidur dan dapat merasakan perubahan positif pada kakinya.

Menurutnya lagi, memakai stoking selepas sesi rendaman turut memberikan rasa selesa seolah-olah kaki sedang diurut.

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

MENARIK DIBACA: Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

"Memang rasa sedap dan lebih ringan. Lenguh pada kaki pun semakin hilang," ujarnya.

Tambahnya lagi, campuran garam kasar dan kacang hijau itu juga boleh digunakan berulang kali sehingga kacang hijau menjadi rosak atau garam mula mencair.

Malah, campuran tersebut dikatakan mampu bertahan lebih sebulan jika disimpan dengan baik.

Tidak lokek berkongsi rahsia yang dipelajarinya daripada ibu mentua, dia berharap perkongsian itu dapat membantu individu lain yang berdepan masalah sama.

Bahan-bahan

  • 2 kilogram garam kasar
  • 2 kilogram kacang hijau

Cara penyediaan

  1. Campurkan kedua-dua bahan di dalam sebuah besen.
  2. Rendam kaki di dalam campuran tersebut selama 30 hingga 45 minit.
  3. Ulangi dua kali sehari untuk hasil yang lebih baik.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Petua cili padi lambat rosak... Jangan terus simpan dalam peti sejuk, letak bawang putih dulu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Banyak tip di internet, netizen kongsi petua ibu dipegang sampai hari ini... Masakan jadi lebih enak

Terhangat