info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pucuk ajinomoto enak tak terkata, tinggi khasiat... Awas, silap teknik memasak boleh jadi racun!

Lead Image

PERNAH dengar sejenis sayuran kampung yang dipanggil pucuk ajinomoto?

Bentuknya mirip daun pokok betik, tetapi pucuk ajinomoto atau juga dikenali sebagai daun chaya dipercayai memiliki keistimewaan dan khasiat luar biasa.

Tumbuhan berasal dari Mexico ini mendapat diberi nama pucuk ajinomoto kerana rasanya dikatakan sedap seakan-akan 'umami' atau MSG selepas dimasak.

Pucuk ajinomoto memiliki bentuk hampir sama seperti daun pokok betik.

Memetik perkongsian di Facebook Ulam-Ulaman, pucuk ajinomoto dikatakan memiliki pelbagai khasiat, malah lebih tinggi berbanding kebanyakan sayuran hijau lain.

Antaranya:

  • Tinggi antioksida untuk melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan.
  • Kaya zat besi bagi mencegah masalah kurang darah (anemia)
  • Kalsium untuk kekuatan tulang
  • Protein untuk membantu pembentukan otot
  • Vitamin A dan C untuk kesihatan mata dan menguatkan sistem imun tubuh.

Bagaimanapun, di sebalik kelebihan khasiat yang dimiliki, ada satu perkara penting tentang pucuk ajinomoto yang perlu diberi perhatian.

Pucuk ajinomoto tidak boleh sesekali dimakan secara mentah kerana ia mengandungi sejenis bahan dipanggil glikosida sianogenik dan akan membebaskan gas hidrogen sianida (HCN) beracun apaila dikunyah atau dihancurkan.

MENARIK DIBACA: Kecewa bayar beratus ringgit, dapat sotong hangit! Kuantiti pun meragukan

MENARIK DIBACA: 'Padah' pesan 'fish and chips' di kedai tomyam, pelanggan akur dapat tenggiri goreng

Justeru, sebagai langkah keselamatan, pucuk ajinomoto perlu direbus terlebih dahulu sebelum dimasak.

Berikut adalah langkah-langkah selamat untuk menyingkirkan racun pada pucuk ajinomoto:

Rebus dalam air mendidih

  • Pucuk ajinomoto yang telah dipotong dan dibersihkan perlu direbus dalam air mendidih yang banyak selama 10 hingga 20 minit (waktu optimum yang disyorkan).

Buka penutup periuk

  • Semasa pucuk ajinomoto direbus, pastikan periuk tidak ditutup. Pastikan kawasan sekitar mempunyai sistem pengudaraan baik agar gas sianida yang dibebaskan dapat meruap dan hilang di udara dengan selamat.

Buang air rebusan pertama

  • Air rebusan pertama mengandungi sisa toksin dan antinutrien (seperti oksalat dan fitat) yang terlarut, jadi ia wajib dibuang dan tidak boleh digunakan semula.
Antara hidangan dari pucuk ajinomoto yang dikatakan sangat enak ialah masak lemak.

Selepas direbus, pucuk ajinomoto kini selamat dan boleh dimasak dengan pelbagai cara, malah teksturnya juga dikatakan lebih pejal dan tidak hancur ketika dimasak. Antaranya idea masakan seperti:

Tumis gaya kampung

  • Tumiskan pucuk ajinomoto bersama sedikit minyak masak, bawang putih, cili dan ikan bilis atau udang kering. 
  • Penggunaan minyak masak sangat digalakkan kerana membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak yang sangat tinggi di dalam daun ini, terutamanya Vitamin A (karotenoid).

Tumis air/sup bening

  • Tumis pucuk ajinomoto bersama bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Masukkan air secukupnya dan perasakan dengan secubit garam.

Masak lemak

  • Pucuk ajinomoto yang telah direbus juga sangat enak dimasak bersama santan (masak lemak) dan dicampurkan dengan ubi kentang, keledek atau labu.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Petua minum air jintan manis, penawar 'bloated' paling pantas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Kelapa tampuk merah dipercayai banyak kelebihan, baik untuk pesakit kanser jalani kemoterapi

Terhangat