info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Petua minum air jintan manis, penawar 'bloated' paling pantas

Lead Image

KALAU sebut tentang rempah ratus dengan pelbagai manfaat kesihatan, ramai lebih biasa mendengar tentang cengkih dan kayu manis.

Bagaimanapun, jangan pandang sebelah mata terhadap jintan manis yang juga sudah lama digunakan dalam amalan tradisional, termasuk membantu melegakan masalah penghadaman seperti kembung perut.

Petua itu turut diamalkan seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Fazlan Hassan setiap kali mengalami kembung perut.

“Aku tak tahu kalau kau, tapi ni benda ni penawar 'bloated' paling laju untuk aku. Siapa pernah amalkan?” tulisnya.

Perkongsian mencuri perhatian ramai.

Jelasnya, jintan manis hanya perlu direndam dalam air panas dan boleh dicampurkan bersama beberapa biji cengkih.

“Ada macam-macam cara, bubuh kat air panas pun okay je,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mengamalkan jintan manis, khususnya selepas makan hidangan berat.

Malah, ada yang mendakwa petua berkenaan turut diamalkan untuk membantu menjaga kesihatan dalaman wanita.

MENARIK DIBACA: Ahli arkeologi jumpa cengkih tertua di dunia, dibawa tempuh perjalanan 7,000km dari Indonesia

MENARIK DIBACA: Cara simpan beras 'kecemasan' tahan sampai 4 tahun! Tak payah letak cengkih, cili kering

“Petua sama dapat dari 'colleague' Indian. Dia cakap rebus ni dalam air lepas tu minum untuk buang 'bloated'.

"Saya selalu travel. Di India, memang kebanyakan restoran akan beri jintan lepas kita makan berat.

“Perempuan yang ada cyst dalam rahim boleh amalkan minuman ni daily," antara komen netizen

Komen netizen di laman Threads.

Sekadar info, jintan manis atau fennel memang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk membantu masalah penghadaman seperti perut berangin, rasa penuh dan kembung.

Biji jintan manis mengandungi sebatian tumbuhan seperti anethole yang dikaitkan dengan kesan antispasmodik. 

Secara ringkasnya, ia berpotensi membantu merehatkan otot saluran penghadaman dan mengurangkan rasa tidak selesa akibat gas.

Harus diingat, kesannya mungkin berbeza bagi setiap individu dan tidak bermakna jintan manis boleh menghilangkan semua punca kembung perut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jangan potong epal, gigit sebiji terus! Ini sebabnya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Pucuk ajinomoto enak tak terkata, tinggi khasiat... Awas, silap teknik memasak boleh jadi racun!

Terhangat