KUALI | Trending

Cara simpan beras 'kecemasan' tahan sampai 4 tahun! Tak payah letak cengkih, cili kering

Lead Image

BEKAS menyimpan beras sering 'diserang' dengan kutu beras atau bubuk lebih-lebih lagi jika disimpan dalam tempoh lama.

Masalah ini tetap berlaku walaupun ramai telah mencuba pelbagai petua termasuklah menyimpan beras di dalam bekas kedap udara.

Antara petua yang sering diamalkan seperti meletakkan cengkih, cili kering dan kayu manis ke dalam bekas menyimpan beras, namun hasilnya tetap sama!

Sakit kepala juga bila setiap kali nak masak nasi, terpaksa buang dahulu kutu beras sebelum dicuci.

Beras perlu diisi dengan mampat tanpa ruang udara di dalam bekas botol minuman untuk tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun.

Kalau kutu beras terlalu banyak, ada antara pengguna akan terus membuangnya dalam tong sampah.

Seorang pengguna Facebook berkongsi cara yang dilakukan untuk menyimpan beras, bahkan boleh bertahan sehingga bertahun-tahun.

Menerusi pemilik akaun Facebook Tuan A. Fahmi, lelaki itu berkongsi cara mudah dia menyimpan beras iaitu meletakkannya di dalam botol minuman terpakai.

Lelaki itu turut berkongsi keadaan beras yang disimpan yang disimpan lama di mana ia masih kelihatan elok walaupun selepas empat tahun!

Beras selalu diserang dengan kutu beras walaupun disimpan dalam bekas bertutup dan kedap udara.

"Cara saya prep beras tanpa modal besar. Cuma isi beras dalam botol air 500ml. Isi padat-padat sampai yakin tiada udara.

"Hari ni cuba buka, tak ada kutu langsung. Bau beras masih sama.

"Beras ini dah disimpan selama empat tahun," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah

MENARIK DIBACA: Aizat Saha makan banyak, tak kira musim raya atau tidak... Stres berat badan susah naik

Tambah lelaki itu lagi, dia tidak menggunakan bahan lain sebagai 'pengawet' seperti mana petua popular termasuklah meletakkan bawang dan cili kering.

Pada masa sama, dia turut menyarankan penggunaan teknik FIFO (first in first out) mengikut label tarikh yang dicatatkan pada botol minuman.

"Sebolehnya amalkan FIFO untuk semua jenis makanan. Nasihat saya paling minimum beras yang disimpan cuma setahun, bergantung pada jenis makanan.

"Botol minuman yang digunakan juga jenis pakai buang dan gantikan dengan botol baharu," ujarnya.

Beberapa pengguna lain turut bersetuju dengan cara yang dilakukan untuk menyimpan beras.

Di ruangan komen, ramai pengguna lain berkongsi pengalaman sama sambil mengakui teknik tersebut berkesan untuk mengelakkan beras daripada diserang kutu beras.

Malah ada antara mereka telah mula mengamalkan cara tersebut sejak negara dilanda pandemik Covid-19 lagi.

"Sama, saya pun guna cara macam ni. Hari ni saya masak guna beras yang disimpan sejak tahun 2024.

"Saya pernah simpan beras dari tahun 2021 hingga 2025, masih okay lagi.

"Cara paling berkesan. Dulu sebelum PKP saya pernah simpan beras cara begini selama dua tahun. Beras elok tiada kutu," demikian antara komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Daging liat walau dah masak lama, lelaki angkut periuk ke balai... Tindakan polis tak dijangka!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

Terhangat