KUALI | Trending

Daging liat walau dah masak lama, lelaki angkut periuk ke balai... Tindakan polis tak dijangka!

Lead Image

TINDAKAN yang dilakukan oleh lelaki ini mungkin akan membuatkan anda geleng kepala sambil tepuk dahi!

Mana tidaknya, selepas daging kambing yang dimasak sebanyak 20 gagal dilembutkan, lelaki bernama Sodala Haji itu bertindak membawa periuk berisi daging liat ke balai polis untuk membuat laporan.

Memetik laporan Times of India, kejadian berlaku di daerah Anantapur dekat Andhra Pradesh, India di mana lelaki tersebut dilihat membawa periuk dipenuhi daging kambing ke Balai Polis Tadipatri.

Difahamkan lelaki tersebut ingin menyediakan hidangan istimewa dikenali sebagai 'talakura' bersempena sambutan Ugadi.

Dia membuat laporan polis mendakwa daging kambing yang dibelinya sempena sambutan Ugadi masih liat walaupun selepas 20 kali dimasak.

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan ingin menyediakan hidangan tradisional 'talakura', namun terkejut apabila daging kambing yang dimasak berulang kali tetap tidak lembut.

Berasa dirinya ditipu, Haji tekad membawa daging itu ke balai polis untuk dijadikan bukti dan menuduh penjual daging tersebut menipunya.

MENARIK DIBACA: Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh

MENARIK DIBACA: Mahu kuetiau ladna rasa manis beraroma? Rahsianya tambah buah laici dalam kuah

Walaupun tindakan Haji dianggap lucu, namun pegawai balai polis, Inspektor Ananda Rao yang menerima laporan tersebut memutuskan untuk menyiasat aduan berkenaan dengan serius.

Selepas perbincangan dibuat dengan penjual daging, isu tersebut akhirnya dapat diselesaikan apabila dengan peniaga bersetuju memberikan daging baharu yang lebih lembut.

Dalam pada itu, pihak polis berpendapat salah satu punca daging tidak empuk walaupun selepas berkali-kali dimasak adalah kerana faktor usia kambing yang terlalu tua.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Jangan terpedaya! Makanan enak diusung sana sini mungkin sebuah beg tangan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cara simpan beras 'kecemasan' tahan sampai 4 tahun! Tak payah letak cengkih, cili kering

Terhangat