info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Penumpang KTM, orang awam teruja cuba minuman Yeo's Yeogurt baharu

Lead Image

BERTUAH sungguh penumpang KTM Komuter yang memulakan perjalanan dari KL Sentral pada pagi 19 November lalu apabila menerima minuman percuma Yeo’s Yeogurt menerusi aktiviti promosi yang diadakan.

Sebanyak 300 botol Yeo’s Yeogurt diagihkan kepada penumpang di dalam tren sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Stesen Kereta Api Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berada di KL Sentral turut berpeluang mencuba tiga pilihan perisa minuman berkenaan menerusi edaran lebih 1,000 cawan sampel.

Aktiviti tersebut bersempena dengan pelancaran Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu bersaiz 350 mililiter (ml).

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada kempen ‘Versi Baharu Dirimu’ yang diperkenalkan sempena pelancaran Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu bersaiz 350 mililiter (ml).

Menurut Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low tren komuter dipilih untuk aktiviti ini kerana pengangkutan awam itu menjadi antara pilihan utama pelajar kolej, universiti dan golongan bekerja untuk memulakan rutin harian.

Katanya, pengalaman seperti hari pertama memasuki kolej atau memulakan pekerjaan baharu menjadi inspirasi kepada kempen berkenaan.

MENARIK DIBACA: Yeo’s himpun generasi muda, KL Sentral jadi pentas semarak cinta Malaysia

MENARIK DIBACA: Yeo’s rai momen magis bersama Ammar Ahyan, Emma Sofea sempena Hari Teh Sedunia

“Apabila semuanya baharu, kadang-kadang perkara kecil seperti menikmati minuman kegemaran pun cukup untuk membuatkan kita berasa lebih selesa.

“Barulah kita lebih berani untuk mencuba, berkenalan dan menunjukkan sisi diri yang mungkin belum pernah kita tonjolkan,” katanya.

Menariknya, program itu turut disertai wakil media, pempengaruh dan pencipta kandungan yang bersama-sama menaiki tren serta berinteraksi dengan penumpang.

Sementara itu, pengunjung di KL Sentral turut berpeluang memenangi hadiah menerusi permainan interaktif dikenali sebagai ‘Unlock Your New Version’.

program turut disertai wakil media, pempengaruh dan pencipta kandungan untuk sama-sama berinteraksi dengan penumpang.

Pelancaran kempen ini turut disiarkan secara langsung dari stesen tersebut dan diadakan serentak dengan majlis khas untuk warga kerja Yeo’s di Shah Alam.

Bagi 'menghidupkan' lagi mesej kempen, Yeo’s turut menampilkan penyanyi Azeva dan Zaki Yamani menerusi tiga video pendek berdurasi 20 saat.

Menggunakan konsep lakonan yang diinspirasikan daripada permainan video, video berkenaan mengetengahkan situasi harian anak muda seperti tercari-cari kelas pada hari pertama di kampus, berhimpit dalam tren serta kepenatan selepas seharian bekerja.

Yeo’s Yeogurt kini boleh didapati dalam botol baharu bersaiz 350ml menerusi tiga pilihan perisa iaitu Asli, Anggur dan Beri Campuran.

Renda berkata, keberkesanan kempen itu dinilai menerusi jumlah produk yang diedarkan, sambutan orang ramai serta maklum balas selepas mereka mencuba minuman berkenaan.

Yeo’s Yeogurt kini boleh didapati dalam botol baharu bersaiz 350ml menerusi tiga pilihan perisa iaitu asli, anggur dan beri campuran.

Minuman yang mendapat pensijilan halal itu turut mengandungi vitamin B6 dan serat diet.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Le Cordon Bleu Dusit ungguli pendidikan kulinari terbaik Asia 2 tahun berturut-turut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Lelaki mualaf rindu nasi ayam Hainan sedap, kongsi beza dengan stail Melayu

Terhangat