Yeo’s rai momen magis bersama Ammar Ahyan, Emma Sofea sempena Hari Teh Sedunia
SEMPENA sambutan Hari Teh Sedunia, Yeo's Malaysia meraikan momen penuh magis bersama Ammar Ahyan dan Emma Sofea menerusi pelancaran kempen terbaharu rangkaian Teh Yeo’s.
Kempen tersebut membawa pendekatan baharu yang meletakkan Teh Yeo’s bukan sekadar minuman harian, tetapi sebagai teman penyegar yang mencerminkan personaliti serta menghubungkan pengguna dalam momen seharian mereka.
Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low berkata, teh Yeo’s sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia dan kini jenama itu mahu terus mendekati generasi baharu menerusi pendekatan lebih moden.

“Teh Yeo’s merupakan teman setia rakyat Malaysia dan hari ini kami mahu terus meletakkannya sebagai pilihan generasi kini, tidak kira apa sahaja momen harian mereka.
“Melalui kempen ini, kami mahu meraikan setiap detik kehidupan bersama teh Yeo’s dalam pengalaman segar, gembira dan dekat dengan jiwa,” katanya pada majlis Yeo’s Meraikan Momen Magis bersama Ammar Ahyan dan Emma Sofea sempena Hari Teh Sedunia pada Khamis lalu.
MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk
MENARIK DIBACA: Kena cuba resipi pasta ayam pesto basil, sedap dan mengenyangkan!
Acara yang berlangsung di Immersify KL itu mengetengahkan pengalaman interaktif dan rangsangan deria yang menggabungkan elemen budaya, gaya hidup moden serta dunia teh dalam suasana lebih segar dan kontemporari.
Ammar Ahyan dan Emma Sofea dipilih sebagai wajah kempen kerana imej mereka yang dekat dengan generasi muda selain mewakili karakter ekspresif serta gaya hidup masa kini.

Sepanjang acara berlangsung, tetamu dibawa menyelami pengalaman menikmati Teh Yeo’s secara menyeluruh menerusi sesi merasa teh, paparan visual gaya hidup dan aktiviti interaktif menggalakkan kebersamaan.
Antara perisa yang diketengahkan termasuk Yeo’s White Peach Tea, Yeo’s Passion Fruit Tea, Yeo’s Jasmine Green Tea dan Yeo’s Ice Lemon Tea yang masing-masing membawa identiti rasa tersendiri.
Gabungan variasi perisa tersebut dilihat mampu menggambarkan mood dan personaliti pengguna berbeza, sekali gus menjadikan pilihan minuman lebih dekat dengan gaya hidup semasa.