info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Modura buka galeri di Malaysia, tawar kabinet dapur premium harga mampu milik

Lead Image

MEMILIKI kediaman cantik dengan sentuhan premium memang menjadi idaman ramai namun realitinya, kebanyakan pengguna masih berdepan dilema pilihan antara harga mahal atau kualiti kurang memuaskan.

Melihat kepada keperluan itu, Dee Noon Corporation, sebuah jenama pembuatan produk eksport kini tampil memperkenalkan jenama gaya hidup baharu, Modura.

Jenama itu menampilkan solusi kepada pemilik rumah yang mahukan kabinet dapur dan kediaman berkualiti premium tanpa perlu menanggung kos terlalu tinggi.

Pengasas Dee Noon Corporation dan Modura, Kang Lean Hiang berkata, jenama baharu itu menjadi titik perubahan syarikat daripada model pembuatan eksport kepada jenama gaya hidup berasaskan pengguna.

Menurutnya, pengalaman selama dua dekad membekalkan produk ke pasaran global kini diperluaskan untuk memenuhi keperluan pemilik rumah di Malaysia.

Modura rasmi melancarkan galeri pengalaman utamanya sekali gus menandakan kemasukan jenama itu ke pasaran pengguna di Malaysia.

"Selepas dua dekad membekalkan produk untuk pasaran global dan projek berskala besar, kami kini membawakan kualiti kerja gred eksport, inovasi serta kepakaran pertukangan terus kepada pemilik rumah di Malaysia melalui pengalaman yang lebih mudah diakses," katanya.

Modura tampil dengan sistem rumah modular yang menggabungkan standard pembuatan eksport, reka bentuk kontemporari serta penggunaan bahan selamat pada harga kompetitif.

Menerusi model terus dari kilang, jenama itu turut mengurangkan kebergantungan kepada pihak perantara bagi memastikan pelanggan menerima nilai terbaik dan jaminan kualiti tinggi.

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

Rakan perniagaan Dee Noon Corporation dan Modura, Datuk Michael Chooi Yoey Sun berkata, pengguna masa kini bukan sahaja menitikberatkan aspek reka bentuk malah mahukan fungsi, kualiti konsisten dan pengalaman renovasi yang lebih lancar.

"Modura memiliki kelebihan strategik untuk menawarkan penyelesaian komprehensif yang menggabungkan fasiliti pengeluaran, reka bentuk kontemporari dan aplikasi teknologi untuk pasaran tempatan,” ujarnya.

Kabinet dapur berkualiti tinggi tampil dengan reka bentuk kontemporari.

Berpengalaman dalam pasaran global termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Timur Tengah dan Eropah, Modura kini membawa standard kediaman bertaraf antarabangsa kepada pengguna tempatan.

Bersempena pelancarannya, MODURA turut membuka galeri pengalaman pertama di Plaza Arkadia, Desa ParkCity.

Galeri berkeluasan kira-kira 4,000 kaki persegi itu direka sebagai ruang imersif bagi membolehkan pelanggan melihat sendiri susun atur, kemasan dan konsep kediaman moden yang ditawarkan.

Antara kekuatan utama Modura ialah penggunaan ekosistem digital bersepadu hasil kerjasama Foundryx, Coohom dan Homag.

Menerusi sistem tersebut, pelanggan hanya perlu berkongsi pelan lantai sebelum pasukan reka bentuk menghasilkan visualisasi 3D fotorealistik lengkap bersama sebut harga yang telus.

Konsep dapur moden kini lebih praktikal, kemas dan premium.

Reka bentuk digital yang dipersetujui kemudian diterjemahkan terus ke sistem pengeluaran bagi memastikan hasil akhir menepati visual dipaparkan.

Malah, Modura menawarkan tempoh penyiapan standard seawal 21 hari bergantung kepada skop dan perincian projek.

Dalam usaha memastikan kediaman lebih sihat, Modura turut menggunakan bahan gred E0 yang mempunyai kadar pelepasan formaldehid sangat rendah bagi mengurangkan bau bahan baharu selepas pemasangan.

Jenama itu disokong oleh Cube Creation Group selaku pengedar eksklusif untuk memperluaskan capaian pelanggan pada masa depan.

Modura menyasarkan untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh Malaysia sebelum berkembang ke pasaran Asia Tenggara menerusi kerjasama serantau, kolaborasi strategik dan peluang francais dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Yeo’s rai momen magis bersama Ammar Ahyan, Emma Sofea sempena Hari Teh Sedunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Orang Itali sangat benci dengan piza 'topping' nanas, ini 3 sebabnya!

play

Terhangat