'Chinese beauty' lemak berkrim, rasa herba ringan dan menyegarkan
SEKALI cuba terus jatuh cinta!
Begitulah kesedapan sajian pencuci mulut Cina, 'Chinese beauty' berkrim yang dikongsikan seorang wanita @szrinaaasuria di Threads.
Minuman ini menawarkan gabungan rasa manis semula jadi daripada kurma merah dan longan, ditambah pula aroma halia serta goji beri.
Apa yang membuatkannya lebih istimewa ialah campuran susu berkrim dan 'whipping cream' yang menghasilkan tekstur pekat, lembut serta berlemak.

Apabila dinikmati ketika sejuk, rasanya seakan-akan pencuci mulut berkrim dengan sentuhan rasa herba yang ringan, tidak terlalu muak dan cukup menyegarkan.
Menariknya, resipi ini turut menggunakan bahan-bahan yang cukup sinonim dengan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina.
Bahan-bahan
- 15 biji kurma merah Cina
- 5 hingga 7 hirisan halia tua
- 2 sudu besar longan kering
- 1 sudu besar goji beri
- 5 hingga 6 kuntum bunga
- 1 sudu besar gula batu
- 500ml air
- 500ml susu berkrim
- 100ml whipping cream
- 2 sudu besar susu cair
MENARIK DIBACA: Pilih susu oat, soya dan badam kerana anggap lebih sihat? Fakta penting ini anda perlu tahu
MENARIK DIBACA: Mana satu bagus? Ini 4 jenis susu mengikut 'ranking', dari biasa hingga terbaik
Cara penyediaan
- Masukkan kurma merah, hirisan halia tua, longan kering dan 500ml air ke dalam periuk.
- Renehkan semua bahan selama kira-kira 20 minit supaya rasa dan aroma herba keluar.
- Selepas itu, masukkan goji beri, kuntum bunga dan gula batu. Biarkan ia terus mereneh selama lima minit.
- Perlahankan api sebelum tuang susu berkrim, susu cair dan whipping cream ke dalam periuk.
- Kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati. Pastikan susu tidak dibiarkan mendidih bagi mengekalkan tekstur minuman yang berkrim.
- Tutup api dan biarkan minuman sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
- Apabila sudah sejuk, tuangkan ke dalam gelas dan nikmati begitu sahaja.