Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh
PERNAHKAH anda mendengar tentang mentarang laut?
Bagi penggemar makanan laut, mentarang sememangnya tidak asing lagi.
Ia juga dikenali sebagai kerang pisau atau nama saintifiknya pholas orientalis, cukup popular di kawasan pesisir pantai Malaysia.
Bentuknya panjang dengan isi yang lembut menjadikan mentarang pilihan ramai untuk pelbagai hidangan seperti bakar, tumis atau masak lemak.
Lebih menarik, mentarang lebih enak apabila dibakar dan dicicah dengan sos pilihan.
Selain keenakannya, mentarang juga kaya dengan pelbagai nutrien yang memberi manfaat kepada kesihatan.

1. Sumber protein tinggi
Salah satu khasiat utama mentarang ialah kandungan proteinnya yang tinggi.
Protein sangat penting untuk membina dan membaiki tisu badan serta membantu dalam pertumbuhan otot.
Mentarang sesuai dijadikan sumber protein alternatif selain ayam atau daging.
MENARIK DIBACA: Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!
MENARIK DIBACA: DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

2. Kaya dengan zat besi
Nutrien zat besi memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah dan membantu mencegah anemia.
Pengambilan mentarang secara berkala boleh membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan terutamanya bagi individu yang kekurangan zat besi.

3. Mengandungi vitamin B12
Mentarang turut mengandungi vitamin B12 yang penting untuk fungsi sistem saraf dan kesihatan otak.
Vitamin ini juga membantu dalam pembentukan sel darah merah dan memastikan tubuh berfungsi dengan baik.
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan masalah seperti keletihan dan gangguan saraf.

4. Sumber mineral
Mentarang mengandungi mineral penting seperti zink dan selenium.
Zink membantu meningkatkan sistem imun badan manakala selenium bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan.
Kedua-dua mineral ini penting untuk mengekalkan kesihatan secara keseluruhan.
Mentarang merupakan makanan yang rendah lemak dan baik untuk kesihatan jantung.
Kandungan lemak yang rendah serta kehadiran asid lemak baik membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
