KUALI | Sihat

Nanas banyak khasiat, betul ke jika ibu hamil makan akan keguguran?

Lead Image

DALAM perjalanan kehamilan, golongan ibu sering terdedah kepada pelbagai pantang larang makan dan paling popular adalah pengambilan nanas yang boleh menyebabkan keguguran. 

Menurut perkongsian seorang individu dikenali sebagai di Threads, nanas sebenarnya mengandungi sejenis enzim dipanggil bromelain. 

Katanya, pengambilan kuantiti bromelain dalam sukatan rendah pada nanas segar tidak memberikan sebarang kesan bahaya malah bagus untuk ibu mengandung. 

Nanas kaya dengan sumber vitamin C membantu mengembalikan kesegaran tubuh ibu hamil.

"Nanas kaya dengan kandungan vitamin C membantu menguatkan imuniti ibu. Selain itu, kandungan asid folik penting untuk perkembangan saraf bayi.

MENARIK DIBACA: Kejar pahala Lailatul Qadar, ustaz kata sediakan juadah berbuka pun ada ganjarannya!

MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

"Kandungan zat besi dalam buah ini membantu elak ibu dari anemia," kongsinya lagi.

Berikut adalah kelebihan nanas jika dinikmati ketika hamil: 

1. Mencegah sakit tekak 

Kajian mendapati kandungan bromelain dalam nanas membantu mencegah dan merawat sakit tekak, sinusitis serta jangkitan pada saluran pencernaan.

Pengambilan nanas terlalu banyak boleh menyebabkan sebu perut.

2. Mengatasi sembelit

Pengambilan nanas membantu mengatasi sembelit kerana buah itu kaya dengan serat dan air yang baik untuk melancarkan pergerakan usus dalam sistem pencernaan. 

Nanas mengandungi hampir 87 peratus air membantu mengekalkan hidrasi tubuh ketika hamil.

3. Menambah berat janin

Pengambilan nanas bersama hidangan berkhasiat lain membantu meningkatkan berat janin sekali gus mengurangkan risiko bayi lahir dengan berat badan rendah. 

Kandungan zat besi dalam nanas bantu elak ibu hamil dari anemia.

4. Mencegah kecacatan

Nanas juga berperanan penting dalam perkembangan janin kerana kandungan folat di dalamnya membantu mencegah kecacatan tiub saraf serta masalah pada otak dan saraf tunjang bayi. 

Pengambilan jus nanas dapat membantu mengurangkan masalah sembelit ketika hamil.

5. Mengatasi dehidrasi

Nanas mengandungi hampir 87 peratus air, menjadikannya sesuai membantu mengekalkan hidrasi tubuh dan mengatasi dehidrasi.

Rasanya yang masam manis menjadikannya lebih menyegarkan untuk dimakan. 

Namun, kandungan nanas agak berasid boleh mengakibatkan ibu hamil mengalami masalah pedih ulu hati atau perut sebu jika makan terlalu banyak.

Kesimpulannya, nanas bukanlah punca keguguran jika dimakan dalam jumlah sederhana.

Ia boleh menjadi buah yang bermanfaat untuk ibu hamil, tetapi perlu berpada-pada dan elakkan nanas muda atau berlebihan.

Jika ada sejarah kehamilan berisiko atau masalah gastrik, sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum mengambilnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Guna 3 bahan ini untuk buat minuman 'pembakar lemak', bantu kawal nafsu makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh

Terhangat