KUALI | Trending

Kejar pahala Lailatul Qadar, ustaz kata sediakan juadah berbuka pun ada ganjarannya!

Lead Image

RAMAI beranggapan ganjaran pahala pada malam Lailatul Qadar hanya boleh diperoleh melalui solat malam atau membaca al-Quran.

Namun, sebenarnya amalan lain termasuk menyediakan juadah berbuka puasa juga boleh dianggap ibadah dan turut mendapat ganjaran besar.

Menurut pendakwah Ustaz Hariri Daud, tempoh malam Lailatul Qadar bermula sebaik matahari terbenam pada waktu Maghrib sehingga terbitnya fajar Subuh.

Menurut Hariri, berbuka puasa bersama keluarga juga dianggap sebagai ibadah.

Segala kebaikan yang dilakukan sepanjang tempoh ini, walaupun bukan dalam bentuk ibadah formal, tetap diterima di sisi Allah SWT.

"Jadi, apa sahaja amalan baik daripada Maghrib hingga Subuh, ia dikira sebagai amalan Lailatul Qadar. Tidak semestinya hanya dua pertiga malam sahaja," jelasnya.

Ini termasuk aktiviti harian yang nampak biasa, tetapi dilakukan dengan niat ikhlas. 

Misalnya, memasak atau menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga, berselawat, berzikir, membaca buku agama, atau bersahur.

MENARIK DIBACA: Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

MENARIK DIBACA: Memasak pun boleh 'top up' pahala... Ini amalan, cara nak beribadah di dapur

"Kalau wanita datang haid, perkara yang dilakukan misalnya memasak atau menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga, berselawat, berzikir atau membaca buku agama itu semua dikira ibadah," ujarnya.

Jadi, pada sepuluh malam terakhir, sambil menyediakan menu berbuka atau lauk-pauk sahur kegemaran keluarga, apa kata kita perbanyakkan selawat dan berzikir.

Semoga setiap sudu yang dimasak dengan ikhlas boleh menjadi amalan yang melipatkali gandakan pahala pada malam yang mulia ini.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Peniaga bazar luah cabaran Ramadan, dahulukan gaji pekerja sampai terpaksa keluar duit poket sendiri

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Cadangan tanam sayur oleh Mat Sabu susulan konflik Asia Barat dikritik netizen – “Duduk flat tiada tanah macam mana?”

Terhangat