Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk
MASALAH batuk kering memang mengganggu bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga orang di sekeliling kita.
Sampaikan ada yang takut hendak dekat sebab takut berjangkit disebabkan kuman yang tersebar melalui udara.
Biasanya batuk kering turut datang dengan kegatalan pada bahagian kerongkong walaupun tiada kahak dan lebih parah ia turut mengganggu tidur pada waktu malam.

Batuk kering selalunya memang susah hendak sembuh sehinggakan ada pesakit turut mengalami sakit dada kerana batuk keterlaluan.
Selain berjumpa doktor mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan, ada cara lain boleh anda lakukan sebagai alternatif merawat masalah tersebut dengan menggunakan bahan masakan iaitu bunga cengkih.
MENARIK DIBACA: Wanita Rusia pelik rakyat Malaysia tak minum santan mentah, katanya rahsia kulit flawless dan otak jadi fokus
MENARIK DIBACA: Tak boleh telan matcha sebab rasa macam rumput, gyokuro pula lebih manis dan lembut
Selain digunakan sebagai rempah dalam masakan, eugenol yang terkandung dalam bunga cengkih dapat membantu melegakan sakit dan menghilangkan sensasi batuk kering yang dialami.
Berikut adalah tiga cara boleh anda amalkan untuk melegakan batuk kering menggunakan bunga cengkih seperti dikongsikan Dr. Rizal Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook miliknya.

1. Kunyah
Ambil dua biji bunga cengkih yang telah disangai selama lebih kurang dua minit dan kunyah sebelum tidur.
Amalan mengunyah bunga cengkih boleh membantu melegakan masalah batuk kering selain membuatkan pesakit tidur lebih nyenyak.
Memngunyah bunga cengkih juga boleh diamalkan sepanjang hari terutama jika batuk menyerang anda.

2. Minum
Jika tidak sanggup mengunyah bunga cengkih, minum air rebusannya setiap hari terutama pada waktu malam sebelum tidur.
Cara ini boleh mengurangkan rasa gatal pada tekak sekali gus melegakan batuk kering.
Amalkan selama beberapa hari sehingga batuk kering beransur-ansur sembuh.

3. Titis
Guna minyak ekstrak bunga cengkih dengan menitiskannya dalam air suam sebelum diminum.
Jadikan ia sebagai amalan atau sehingga reda kegatalan pada kerongkong selain batuk mulai reda. Selamat mencuba.