Wanita Rusia pelik rakyat Malaysia tak minum santan mentah, katanya rahsia kulit flawless dan otak jadi fokus
SANTAN barangkali antara bahan wajib dalam masakan di negara ini dalam menaikkan aroma dan rasa berlemak.
Masakan seperti lemak cili api, nasi lemak, kari dan rendang memang cukup sinonim dengan penggunaan santan.
Ia turut digunakan secara meluaskan dalam minuman popular iaitu cendol malah ketika ini cocunut latte cukup popular sebagai pengganti susu atau susu badam.

Seorang wanita asal Rusia iaitu Katrin Romanova menerusi video di TikTok miliknya bagaimanapun meluahkan rasa terkejut apabila mendapati rakyat di negara ini tidak minum santan secara mentah.
Katrin mendakwa minum santan mentah mengandungi khasiat untuk kesihatan selain berfungsi menjaga kecantikan.
"Apabila saya berpindah ke Malaysia, saya terkejut mengetahui masyarakat di sini tidak pernah minum santan (mentah).
MENARIK DIBACA: Rebus daging dengan daun betik boleh lembutkan daging, bau hamis pun hilang!
MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula
"Orang Malaysia hanyan guna santan dalam masakan seperti kari atau pun tomyam," ujarnya.
Tambah Katrin, santan mentah didakwa mengandungi asid laurik dan antioksidan semula jadi dan nutrisinya hilang apabila dimasak.
"Asid laurik dan antioksidan merupakan dua bahan hebat boleh membantu kulit nampak lebih sihat dan otak jadi lebih fokus," katanya.

Dalam video tersebut, Katrin turut berkongsi tip mudah untuk pengambilan santan kelapa mentah setiap hari dengan membekukan santan dalam bentuk kiub ais dan dimakan begitu sahaja.
Untuk rasa lebih sedap dan kreatif, Katrin turut mencadangkan santan kelapa mentah dicampur dengan biji chia, sedikit gula Melaka dan mangga.
"Gabungan ini bukan sahaja sihat tetapi juga sedap dan menyegarkan," jelasnya.