KUALI | Nutrisi

Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula

Lead Image

DAUN ketumbar banyak digunakan dalam masakan Melayu bagi menambah aroma dan menaikkan rasa sesuatu makanan.

Pun begitu, ramai juga tidak suka dengan rasa dan aromanya sebab ada merasakan daun ketumbar rasanya seperti lipas.

Tapi tahu tak, di sebalik rasa dan bau yang aneh itu, daun ketumbar sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan manusia.

Kali ini Kuali kongsikan beberapa kebaikan daun ketumbar untuk manfaat bersama.

Menambah ketumbar pada setiap hidangan dikatakan bermanfaat untuk individu yang menghidap diabetes.

1. Menurunkan bacaan gula dalam darah

Warna hijau terang daun ketumbar disebabkan kehadiran antioksidan dalam membantu menggalakkan aktiviti enzim serta merangsang rembesan insulin yang membantu menurunkan paras gula dalam darah.

Menambah ketumbar pada setiap hidangan atau minuman setiap hari dikatakan bermanfaat untuk individu yang menghidap diabetes.

Ekstrak ketumbar mampu bertindak sebagai diuretik untuk menjaga kesihatan jantung.

2. Meningkatkan kesihatan jantung

Ekstrak ketumbar mampu bertindak sebagai diuretik untuk membantu mengeluarkan lebihan air dan natrium daripada sistem badan.

Selain itu, menambah ketumbar pada makanan boleh membantu orang ramai mengurangkan pengambilan natrium.

Fungsi ketumbar juga melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis.

3. Menguatkan kesihatan tulang

Daun ketumbar mengandungi sejumlah besar mineral seperti kalsium, mangan, magnesium dan fosforus yang membantu menguatkan tulang.

Fungsi anti-radang ketumbar juga melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis.

MENARIK DIBACA: Berdesing telinga orang kutuk makanan dari negaranya, Imran Ajmain senarai menu sedap kalau ke Singapura

MENARIK DIBACA: Jangan buang kulit limau... Rahsia kecantikan tanpa kos, boleh dijadikan masker dan toner wajah

Ketumbar yang tinggi kandungan serat mampu melegakan masalah pencernaan dan mencegah masalah penghadaman.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Daun ketumbar mengandungi jumlah serat yang baik untuk membantu melegakan masalah pencernaan dan mencegah masalah penghadaman seperti sakit perut, cirit-birit, kekejangan usus, gas atau loya.

Kandungan zat besi, Vitamin E dan Vitamin A di dalam daun ketumbar berupaya melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.

5. Menjaga kesihatan kulit

Daun ketumbar berupaya melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kerana mengandungi zat besi, Vitamin E dan Vitamin A di dalamnya.

Selain itu, ketumbar juga bertindak sebagai ubat untuk kulit berminyak kerana keupayaannya menyerap minyak berlebihan.

Daun ketumbar juga merupakan agen antimikrob, antiseptik dan antikulat yang boleh membantu menenangkan dan menyejukkan kulit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Jangan risau kalau tak suka lobak merah, ini 5 makanan lain untuk sihatkan mata

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Jangan buang kulit limau... Rahsia kecantikan tanpa kos, boleh dijadikan masker dan toner wajah

Terhangat