Jangan buang kulit limau... Rahsia kecantikan tanpa kos, boleh dijadikan masker dan toner wajah

RASANYA mungkin pahit tetapi kulit limau sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan.
Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin C tetapi mempunyai antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi selain melawan radikal bebas dalam badan manusia.
Kalau sebelum ini parutan kulit limau digunakan hanya dalam pembuatan kek, selepas ini ia boleh dipelbagaikan kerana khasiatnya untuk kesihatan kecantikan.

Caranya mudah, selain ia dijadikan sebagai masker, kulit limau boleh juga dibuat sebagai toner atau parutannya dicampurkan dalam minuman seperti smoothie.
Namun, pastikan terlebih dahulu kulit limau bebas dari racun serangga dan dicuci bersih.
Kuali kongsikan beberapa manfaat kulit limau yang perlu anda ketahui.

1. Mencerahkan kulit wajah
Vitamin C yang terdapat pada kulit limau boleh membantu mengurangkan melanin, mencerahkan kulit secara semula jadi dan menyamarkan parut jerawat.
MENARIK DIBACA: Tak ada bunga kantan nak masak asam pedas? Mak-mak boleh guna bahan ini sebagai pengganti
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!
Boleh jadikan kulit limau sebagai masker dan amalkan memakainya setiap malam sebelum tidur.

2. Mencegah penuaan
Antioksidan yang terdapat dalam kulit limau turut membantu mencegah kerosakan sel kulit dan mengurangkan kedutan.

3. Booster diet
Vitamin C membantu meningkatkan metabolisme serta membantu menurunkan mengawal berat badan.
Bagi mendapat kesan lebih baik, letak sedikit parutan kulit limau dalam jus limau anda untuk kesan lebih optimum.

4. Baik untuk jantung
Kulit limau mengandungi hesperidin dan flavonoid lain yang boleh membantu mengawal tekanan darah dan menurunkan kolesterol.

5. Melancarkan sistem pencernaan
Serat dalam kulit limau sangat membantu mencegah sembelit dan meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.