KUALI | Trending

“Punyalah halus...” - Aiskrim Malaysia macam pensil cetus perdebatan, ramai pula terkenang jajan era 90-an

Lead Image

TINDAKAN seorang wanita memuat naik video mengenai ais krim Malaysia bersaiz halus seperti sebatang pensil mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Dalam video berdurasi 14 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita menggunakan nama @shuaini7 memegang aiskrim berona merah jambu yang bersaiz kecil dan kurus seperti sebatang pensil.

“Ini aiskrim Malaysia, punyalah halus,” katanya dalam video dipercayai dimuat naik ketika hadir ke sebuah majlis perkahwinan.

Video yang meraih 54.4 juta tanda suka itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selain menamakan aiskrim Malaysia itu adalah yang pertama dibuat dalam saiz berkenaan.

Komen netizen.

“Aiskrim pensil sebenarnya sudah mula popular sejak tahun lepas. Banyak peniaga mula buat versi kreatif dengan pelbagai rasa.

“Aiskrim pensil sesuai untuk majlis perkahwinan atau hari jadi sebab ia comel dan dapat menarik perhatian kanak-kanak,” antara komen netizen.

MENARIK DIBACA: Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan

MENARIK DIBACA: Paling cerewet dan dibenci, tapi pendapatan Gordon Ramsay tertinggi di dunia

Perbincangan itu membuka ruang mengimbau populariti aiskrim Malaysia yang menjadi ikon makanan jalanan era 80-an dan 90-an. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sekadar saiz tapi perisa aiskrim Malaysia atau aiskrim pensil diberikan selera baharu seperti matcha, Nutella, Thai tea dan bubble milk tea. 

Versi klasik seperti sirap bandung, kacang merah dan milo ais tetap kekal diminati ramai.

Biar saiznya berubah, aiskrim Malaysia tetap dekat di hati. Anda bagaimana sentiasa terbuka dengan perubahan atau tidak?

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Wanita Rusia pelik rakyat Malaysia tak minum santan mentah, katanya rahsia kulit flawless dan otak jadi fokus

Terhangat