KUALI | Trending

Paling cerewet dan dibenci, tapi pendapatan Gordon Ramsay tertinggi di dunia

Lead Image

KERJAYA sebagai tukang masak atau cef tidak kalah hebat dengan bidang profesional lain seperti doktor, jurutera dan peguam yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Nama-nama seperti Anthony Bourdain, Jamie Oliver dan Nigella Lawson antara figura terkenal dalam bidang masakan sekali gus berjaya meletakkan profesyen sebagai cef antara bidang papan atas.

Berbekalkan pengaruh dimiliki, ada antara nama-nama besar tersebut berjaya membuka restoran berkelas lima bintang sehingga meraih pengiktirafan Michelin Star.

Bukan itu sahaja, jenama dan pengaruh dimiliki berjaya melirik perhatian pemburu kulinari yang sanggup berbelanja sehingga mencecah ratusan ribu ringgit, 

semata-mata untuk merasai hidangan disajikan cef terkemuka dunia.

Daripada sekian ramai cef yang menempah populariti dalam bidang masakan, Kuali senaraikan lima cef menerima bayaran paling mahal di dunia menurut laporan yang dikeluarkan Forbes untuk tahun 2024.

Gordon Ramsay menduduki posisi teratas sebagai 'Cef Paling Mahal di Dunia' menurut Forbes pada tahun 2024.

1.Gordon Ramsay - AS$38 juta (RM160 juta)

Siapa tidak kenal cef yang memiliki sikap cerewet dan personaliti kurang mmenyenangkan, Gordon Ramsay. Cef kelahiran England itu sangat dikenali menerusi program televisyen seperti MasterChef dan Hell's Kitchen.

Walaupun sering dianggap menjengkelkan, keupayaan Ramsay sebagai seorang tukang masak berpengaruh tidak boleh dipandang sebelah mata.

Tidak hairanlah Ramsay menduduki posisi teratas sebagai 'Cef Paling Mahal di Dunia' menurut Forbes.

Pada usia 31 tahun, Ramsay telah membuka restoran pertamanya, Gordon Ramsay Restaurant di London dan mendapat penghargaan status Michelin Stars dalam masa singkat.

Selain London, Ramsay telah melebarkan cabang restoran miliknya seperti di Doha (Qatar), Bordeaux (Perancis), Las Vegas (AS) dan Hong Kong.

Malah Ramsay mempunyai sebuah restoran di Malaysia iaitu Gordon Ramsay Bar & Grill Restaurant di Hotel dan Resort Sunway.

Rachael Ray merupakan satu-satunya cef dalam senarai pendapatan tertinggi tidak memiliki restoran.

2.Rachael Ray - AS$25 juta (RM105 juta)

Rachael Ray merupakan satu-satunya cef dalam senarai pendapatan tertinggi tidak memiliki restoran.

Walau bagaimanapun, Ray tetap membuktikan bahawa dia tetap berjaya meraih posisi di tempat kedua sebagai cef dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Ray mula menuai perhatian masyarakat selepas tampil di saluran Food Network pada 2002 selama 11 musim untuk mengendalikan program berjudul 30 Minutes Meals.

Tiga tahun kemudian, Ray menerbitkan menerbitkan bukunya sendiri dan menjadi hos untuk program Racheal Ray's, sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara cef terkemuka di dunia.

Selain memiliki personaliti ceria dan menyenangkan, cef wanita berusia 56 tahun itu juga terkenal dengan perkongsian resipi yang mudah dan ringkas.

Sehigga kini, Ray telah menerbitkan sebanyak 20 buah buku masakan dan dianggap sebagai salah seorang cef wanita paling sukses dalam dunia kulinari.

Wolfgang Puck telah melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari seawal usia 14 tahun.

3.Wolfgang Puck - AS$20 juta (RM84 juta)

Figura berusia 75 tahun ini telah menunjukkan minatnya dalam bidang masakan sejak kecil lagi.

Ketika berusia 14 tahun, Puck telah melanjutkan pengajian dalam jurusan kulinari di Perancis dan menanam impian untuk bergelar seoran cef berjaya.

Pada tahun 1975, Puck telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) dan perlahan-lahan membina legasi di negara Uncle Sam itu.

Kini, Puck telah berjaya membina sebuah empayar yang megah sebagai seorang tukang masak dan memiliki beberapa buah cabang restoran.

Salah satu restoran miliknya adalah Spago di Hollywood yang terkenal dengan sajian haute cuisine pizza bersama salmon dan caviar.

MENARIK DIBACA: Zencrich Wagyu cipta rekod, pengimport terbesar daging wagyu Jepun halal ke Malaysia

MENARIK DIBACA: Teringin punya fasal, sekumpulan angkasawan buat sushi di angkasa lepas... Guna pita pelekat elak makanan ‘terbang’

Deen memulakan perusahaan katering miliknya bernama The Bag Lady dengan bermodalkan AS$200 (RM842).

4.Paula Deen - AS$17 juta (RM71 juta)

Permulaan kehidupan Paula Deen tidaklah seindah seperti yang disangka. Pada tahun 1989, Deen telah memulakan perusahaan katering miliknya bernama The Bag Lady dengan bermodalkan AS$200 (RM842).

Adat dalam berbisnes, perusahaan katering yang dijalankan berdepan dengan masalah, namun Deen tetap kukuh bertahan.

Selepas menjalani perjuangan panjang, Deen kemudiannya melancarkan buku pertamanya, The Lasy & Sons Savannah Country Cooking pada 2009.

Paling membanggakan, buku tersebut telah diulang cetak dan terjual sebanyak 7.5 juta naskhah di seluruh dunia.

Selain bergelar cef, Deen juga pernah muncul disamping aktor terkenal, Orlando Bloom menerusi filem Elizabethtown pada 2005.

Batali dikenali sebagai seorang cef yang pakar dalam mengolah bahan masakan menjadi juadah istimewa yang belum pernah dicipta oleh mana-mana cef.

5.Mario Batali - AS$13 juta (RM54 juta)

Cef kelahiran Amerika Syarikat ini terkenal dengan keahliannya menghidangkan masakan Itali.

Selain itu, Batali juga dikenali sebagai seorang cef yang pakar dalam mengolah bahan masakan menjadi juadah istimewa yang belum pernah dicipta oleh mana-mana cef.

Pada tahun 1999, Batali telah dinobatkan oleh GQ Magazine sebagai Man of The Year bagi kategori cef.

Sehingga kini, cef berusia 64 tahun itu telah menerima sejumlah lebih daripada 10 penghargaan menerusi kepakarannya dalam bidang masakan, selain turut mempunyai beberapa buah restoran antaranya di New York, Los Angeles, Singapura dan Hong Kong.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Influencer kurus amal ‘lalapan platter’, bukti ulam-ulaman pun boleh turunkan berat badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Satu persatu restoran ditutup sebab tiada pelanggan, syarikat pula tanggung hutang bilion ringgit... Ini 5 fakta menarik tentang Salt Bae

Terhangat