KUALI | Trending

Teringin punya fasal, sekumpulan angkasawan buat sushi di angkasa lepas... Guna pita pelekat elak makanan ‘terbang’

Lead Image

BOSAN dengan rutin harian di angkasa, sekumpulan angkasawan memilih untuk mencipta kelainan dengan menyediakan sendiri hidangan sushi sebagai makan malam mereka.

Lebih menarik, sushi tersebut bukan diperbuat daripada bahan segar, sebaliknya menggunakan bekalan makanan pra-paket yang dibawa dari bumi.

Kisah ini dikongsi oleh seorang angkasawan dari Amerika Syarikat, Johny Kim, menerusi satu hantaran foto di laman sosial X.

Walaupun sushi angkasa itu tidak setanding dengan versi segar di bumi, ia tetap memberikan kepuasan buat mereka yang merindu dengan sajian Jepun tersebut.

Johny berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman X.

"Sushi angkasa tidaklah sama seperti sushi segar di bumi, tapi boleh tahan juga.

"Kami kumpulkan dan kongsi bekalan peribadi seperti ikan, spam dan nasi, kemudian tambah sedikit gochujang dan wasabi — jadilah hidangan yang menyelerakan," katanya.

Foto tersebut memaparkan rupa bentuk sushi yang dihasilkan daripada bahan seperti nasi, gochujang (pes cili Korea) dan wasabi.

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

MENARIK DIBACA: ‘ONO Specialty Coffee & Matcha’ kedai kopi ke-9 terbaik dunia, 2 lagi jenama lokal masuk senarai top 100

Selain berkongsi pengalaman memasak, Johny turut mendedahkan satu trik unik yang digunakan mereka ketika menjamu selera di angkasa.

Disebabkan keadaan mikrograviti, mereka terpaksa menggunakan pita pelekat bagi memastikan makanan tidak terapung.

"Satu perkara menarik tentang meja makan kami ialah kami lekatkan pita pelekat dengan bahagian melekit menghadap ke atas.

"Ini membolehkan kami melekatkan makanan, sudu garpu dan perasa ke meja. Kalau tidak, semuanya akan terapung!" jelasnya sambil berseloroh.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dari sajian warung sehinggalah ke dapur hotel, semua ada di Kuali!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Terlalu bergantung pada YouTube, nama semakin tenggelam... Che Nom kata kehendak setiap orang berbeza

Terhangat