KUALI | Trending

‘ONO Specialty Coffee & Matcha’ kedai kopi ke-9 terbaik dunia, 2 lagi jenama lokal masuk senarai top 100

Lead Image

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, populariti minuman seperti kopi dan matcha sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan anak muda.

Maka tidak hairan, kemunculan kafe-kafe yang menyediakan pelbagai jenis menu muncul bagaikan cendawan selepas hujan dalam memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan.

Paling membanggakan, kini semakin ramai memilih jenama tempatan berbanding kafe terkenal dunia yang menghasilkan kopi dan matcha berkualiti dan enak.

Pelanggan juga berpeluang untuk bereksperimen dengan minuman mereka. -Foto story.of.ono

Salah sebuah kafe estetik tempatan iaitu ONO Specialty Coffee & Matcha mencipta sejarah membanggakan apabila menduduki tempat kesembilan dalam senarai The World's 100 Best Coffee Shops 2025.

Tersorok di kawasan kejiranan SS2, Petaling Jaya, keanggunan kafe ONO melebihi sekadar tempat menikmati minuman berkafein sebaliknya persis makmal kreatif bancuhan minuman.

ARTIKEL BERKAITAN: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Pengacara ‘Worst Cooks in America’ Anne Burrell meninggal dunia

Terkenal kerana minuman signatur When Two Worlds Collide, gabungan berani antara matcha dan tonik espresso, ONO membawa peminat kopi dan teh lokal ke tahap baharu dan futuristik.

Gabungan elemen buah citrus dari Jepun, sirap ros dan matcha pada minuman hijau pastel, Yuzu Rose Matcha juga membuatkan ONO menonjol dek rasanya yang membangkit aura romantis.

Boleh dikatakan, setiap tegukan seleksi minuman di kafe itu adalah seni dengan cerita tersendiri untuk dinikmati.

Rekaan minuman luar biasa di sediakan ONO, layak meletakkan kafe itu dalam barisan terbaik. -Foto theworlds100bestcoffeeshops

ONO juga mewakili gelombang baharu dalam kalangan pencipta minuman kerana tidak takut mencuba, bereksperimen bahkan mencampurkan tradisi dengan kemodenan. 

Dari secawan kopi dan teh, ONO membawa landskap minuman lokal berkembang dengan gaya tersendiri.

Dua lagi kafe tempatan yang tersenarai adalah Ome by Spacebar Coffee, Pulau Pinang di kedudukan ke-56 dan Sin See Tai, Melaka menduduki tangga ke 73.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Hanya makanan tempatan dihidangkan di majlis rasmi kerajaan - PM

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

Terhangat