KUALI | Trending

Hanya makanan tempatan dihidangkan di majlis rasmi kerajaan - PM

Lead Image

HANYA makanan lokal akan dihidangkan pada majlis-majlis rasmi kerajaan dalam usaha mempromosikan produk keluaran tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan hasil tempatan bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi negara tetapi membuka lebih banyak peluang kepada para petani memasarkan produk mereka.

Difahamkan hanya makanan lokal akan dihidangkan pada majlis-majlis rasmi kerajaan dalam usaha mempromosikan produk keluaran tempatan.

" Jika setiap jabatan kerajaan mengikut arahan ini, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani kita membekalkan bahan-bahan tempatan," katanya seperti dilaporkan The Star.

Beliau menjadikan negara jiran seperti Laos, Vietnam dan Thailand sebagai contoh kerana mengamalkan penggunaan makanan tempatan dalam semua majlis rasmi kerajaan.

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

MENARIK DIBACA: Tak berselera kalau makanan tak pedas, jaga-jaga anda mungkin alami ketagihan

Inisiatif tersebut membantu mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani dalam membekalkan bahan-bahan tempatan.

" Sepanjang lawatan saya ke negara-negara tersebut, makanan import tidak pernah dihidangkan dalam majlis rasmi. 

" Mereka memang sudah biasa menggunakan produk tempatan sahaja," tambahnya.

Penggunaan hasil tempatan bukan sahaja dapat mengukuhkan ekonomi negara tetapi membuka lebih banyak peluang kepada para petani memasarkan produk mereka.

Anwar turut menegur sikap sesetengah pihak yang masih memilih makanan import walaupun kerajaan sudah menyatakan pendirian jelas dalam perkara itu.

Kata Anwar amalan tersebut tidak selari dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi tempatan dan menyeru penjawat awam supaya lebih peka dalam menyokong produk keluaran negara sendiri.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita jumpa telefon bimbit dalam kuah hotpot, peliknya ia masih berfungsi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

‘ONO Specialty Coffee & Matcha’ kedai kopi ke-9 terbaik dunia, 2 lagi jenama lokal masuk senarai top 100

Terhangat