KUALI | Trending

Terlalu bergantung pada YouTube, nama semakin tenggelam... Che Nom kata kehendak setiap orang berbeza

Lead Image

MERAIH populariti dengan jutaan pengikut di laman sosial turut bermakna seseorang personaliti media sosial itu perlu bersedia berhadapan dengan persepsi masyarakat.

Perkara sama turut dialami Che Nom walaupun personaliti masakan popular itu dilihat cukup merendah diri dan jarang menonjolkan diri di khalayak ramai.

Mengekalkan sikap positif dan profesional, Che Nom atau Normah Bakar, 43, bagaimanapun tampil bersuara memperbetulkan presepsi sesetengah pihak tentangnya.

Tangkap layar balasan komen Che Nom di Threads.

Dilihat semakin tenggelam berbanding bakat lain seangkatan dengannya, Che Nom menjelaskan masyarakat tidak perlu bimbang kerana kehendak setiap orang itu berbeza-beza.

“Jangan risau fasal kita wak, kehendak hidup setiap orang tak sama.

“Apa yang orang kejar tak semestinya awak pun kejar,” katanya menerusi hantaran Threads.

MENARIK DIBACA : Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

MENARIK DIBACA : Kerajaan putuskan epal, oren tidak dikenakan SST

Personaliti itu berkongsi perkara itu sebagai balasan terhadap pandangan yang merasakan dia perlu mendapatkan penasihat bagi mengembangkan sumber pendapatannya memandangkan pasaran makanan kian kompetitif.

Tidak hanya itu, pengguna Threads tersebut berpendapat Che Nam terlalu tertumpu kepada YouTube yang bukan lagi menjadi pilihan ramai.

Sehubungan itu, individu berkenaan mencadangkan Che Nom untuk melakukan penilaian semula strategi perniagaan dan mempelbagaikan sumber pendapatan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Teringin punya fasal, sekumpulan angkasawan buat sushi di angkasa lepas... Guna pita pelekat elak makanan ‘terbang’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai

Terhangat