KUALI | Trending

Satu persatu restoran ditutup sebab tiada pelanggan, syarikat pula tanggung hutang bilion ringgit... Ini 5 fakta menarik tentang Salt Bae

Lead Image

SIAPA tidak kenal dengan aksi ikonik menabur garam sambil melipat siku yang pernah menggemparkan media sosial beberapa tahun lalu sehingga menjadi ikutan ramai.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe merupakan seorang cef dan usahawan restoran dari Turkiye yang kini mencipta fenomena di peringkat global.

Sentiasa bergaya dengan kaca mata hitam ketika memotong daging wagyu mewah sebelum menabur garam di atasnya, aksi Salt Bae bagaikan sebuah persembahan seni dramatik tetapi penuh gaya sehingga memukau orang ramai.

Populariti diraih turut memberi kelebihan kepadanya apabila restoran milik  Nusret iaitu Nusr-Et bertukar sebuah empayar yang berkembang di beberapa lokasi terkemuka dunia termasuk di Emiriah Arab Bersatu, Greece dan Amerika Syarikat.

Salt Bae merupakan seorang cef dan usahawan restoran dari Turkiye yang kini mencipta fenomena di peringkat global. - Foto Nusr-Et

Namun selepas lapan tahun, bukan semua kisahnya seindah taburan garam di atas stik.

Di sebalik kegemilangan dan populariti diraih, Nusret berdepan pelbagai kontroversi melibatkan kerugian perniagaan, tuntutan saman bekas pekerja atas dakwaan diskriminasi sehinggalah isu gaji tidak setimpal.

Malah banyak restoran miliknya mula gulung tikar di beberapa lokasi terkenal disebabkan menanggung kerugian selain tidak lagi mendapat sambutan.

Walaupun namanya begitu dikenali, masih ramai yang belum mengetahui pelbagai fakta menarik di sebalik figura sensasi bernama Salt Bae ini.

Ini antara 5 fakta menarik mengenai Salt Bae:

Nusret mula terkenal selepas memuat naik sebuah video ke Instagram memaparkan dirinya menabur garam ke atas daging dengan gaya unik dan penuh karisma.

1. Gelaran ‘Salt Bae’ menggegarkan dunia

Pada tahun 2017, Nusret memuat naik sebuah video ke Instagram memaparkan dirinya menabur garam ke atas daging dengan gaya unik dan penuh karisma.

Aksi itu menjadi tular, lalu dari situlah tercetusnya nama yang kini dikenali di seluruh dunia, Salt Bae.

Video berkenaan bukan sahaja ditonton jutaan kali, malah menarik perhatian ramai selebriti antarabangsa.

MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

Bermula dengan Bruno Mars berkongsi semula video tersebut, diikuti pula Rihanna memakai t-shirt bergambar Salt Bae manakala Leonardo DiCaprio menikmati hidangan di restorannya di Dubai membuka mata ramai untuk turut merasai pengalaman menjamu selera di restorannya.

Sejak itu, restoran Salt Bae menjadi tumpuan selebriti terkenal seperti David Beckham dan Jason Statham.

Beliau bahkan pernah bekerja sebagai pembantu tukang daging di sebuah restoran kecil di Istanbul.

2. Bermula dengan mencuci pinggan

Siapa sangka, legenda Salt Bae sebenarnya bermula dari bawah sebagai pencuci pinggan dan pembantu tukang daging di sebuah restoran kecil di Istanbul.

Di sinilah beliau mula mengenali selok-belok dunia dapur dan secara perlahan-lahan mendalami seni memasak. 

Dengan kerja keras dan keazaman yang tinggi, Salt Bae terus mengasah bakatnya hingga akhirnya berjaya meniti tangga kejayaan dan bergelar cef profesional yang kini digemari dan dikenali di seluruh dunia.

Nusr-Et mula ditubuhkan pada 2010 kini menjadi empayar restoran stik mewah hasil kerja keras dan gaya ikonik Salt Bae!

3. Nusr-Et, restoran pertama di Istanbul

Setelah menimba pengalaman di restoran stik ternama, Salt Bae merantau ke Argentina untuk mendalami seni pemprosesan daging, diikuti dengan kunjungan ke Amerika Syarikat bagi mempelajari selok-belok perniagaan restoran.

Berpegang pada prinsip 'bekerja keras, sentiasa mahu belajar, dan bertemu orang yang tepat', beliau kembali ke Türkiye dan membuka restoran stik pertamanya, Nusr-Et, di Istanbul pada tahun 2010.

Bermula dengan hanya lapan meja, restoran kecil itu cepat menarik perhatian pelanggan berprofil tinggi serta pelabur yang kemudian membantunya berkembang ke Qatar dan Dubai.

Populariti Salt Bae sebagai fenomena global bukan sahaja kerana keenakan dagingnya, tetapi juga gaya tersendiri yang tular di media sosial menjadikannya ikon dunia kulinari moden.

Stik ‘golden steak’ di Nusr-Et boleh mencecah ribuan ringgit menjadikan pengalaman makan di situ sangat eksklusif dan mewah.

4. Harga stik cecah setengah juta!

Sudah tentu, harga di mana-mana restoran bergantung kepada apa yang anda pesan. 

Namun, walaupun hanya datang untuk menikmati suasana sambil memesan air dan satu hidangan sampingan, anda tetap perlu bersedia membayar harga yang agak tinggi di sini.

Salt Bae pernah berkongsi sebuah resit pelanggan dari restoran Nusr-Et di Dubai yang jumlahnya mencecah RM457,671.52, menggambarkan betapa luar biasanya harga di restoran ini.

Hanya untuk tiga hidangan ‘golden steak’ sahaja, harganya berjumlah RM5,786.87 menjadikan satu pengalaman makan yang mewah dan eksklusif.

Salt Bae kekal menjadi wajah utama jenama Nusr-Et dan terus aktif mempromosikan restorannya melalui media sosial dengan penuh gaya walaupun berdepan masalah kewangan.

5. Syarikat berdepan beban hutang, belum bankrap

Salt Bae tidak bankrap seperti didakwa namun syarikat induknya, Doğuş Holding sedang bergelut dengan hutang mencecah berbilion ringgit.

Akibat krisis ekonomi di Turkiye serta kejatuhan nilai mata wang, syarikat terpaksa menstruktur semula hutang melebihi RM11.4 bilion.

Beberapa cawangan Nusr-Et di luar negara, termasuk di New York dan Dallas, terpaksa ditutup kerana kos operasi terlalu tinggi serta kekurangan pelanggan.

Malah cawangan di London pernah mencatat kerugian besar sebanyak kira-kira RM24 juta dalam tempoh setahun, walaupun harga makanannya sangat mahal.

Walau berdepan cabaran kewangan, Salt Bae kekal menjadi wajah utama jenama Nusr-Et dan terus aktif mempromosikan restorannya melalui media sosial dengan penuh gaya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Paling cerewet dan dibenci, tapi pendapatan Gordon Ramsay tertinggi di dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Susah betul nak jumpa! Ini 5 kuih tradisional hampir pupus ditelan dek zaman

Terhangat