Rebus dengan daun betik boleh lembutkan daging, bau hamis pun hilang!
SIAPA tak suka makan daging yang empuk dan berjus? Tekstur lembut daging penting menjadikan sesuatu hidangan itu lebih menyelerakan.
Tapi tidak semua jenis daging mudah empuk terutamanya bahagian berotot seperti batang pinang.
Jangan bimbang, ada cara untuk melembutkan daging yang mudah dan berkesan menggunakan bahan di dapur.

1. Rebus dengan sudu besi
Masukkan sudu besi ke dalam periuk semasa merebus daging. Petua orang dulu-dulu, katanya boleh bantu lembutkan daging lebih cepat.

2. Guna betik muda atau daun betik
Letak hirisan betik muda atau daun betik semasa merebus atau perap daging. Enzim dalam betik dapat membantu memecahkan serat daging.
Jangan biarkan terlalu lama kerana boleh membuatkan daging hancur.

3. Perap dengan nanas
Kisar sedikit nanas dan lumur pada daging. Perap 15–30 minit sahaja. Enzim dalam nanas sangat efektif untuk lembutkan daging.
Jangan perap lama sangat, nanti daging jadi terlalu lembik.
MENARIK DIBACA: [V] ‘Port’ makan wajib di Ipoh, Miker Food destinasi pilihan kaki ‘food hunting’
MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

4. Soda bikarbonat
Tabur sedikit soda bikarbonat pada daging, gaul rata dan perap dalam 15–30 minit.
Kemudian bilas bersih sebelum masak.

5. Hiris lawan urat daging
Apabila memotong daging mentah, pastikan hiris melawan arah urat agar daging akan lebih mudah empuk semasa dimasak.

6. Rebus guna air mendidih
Jangan guna air sejuk apabila merebus daging, adalah lebih baik masukkan terus ke dalam air mendidih kerana ia boleh mempercepatkan proses melembutkan daging.

7. Guna daun pandan/serai
Masukkan daun pandan atau batang serai yang boleh membantu melembutkan selain menghilangkan bau hamis daging.