KUALI | Tip & Trik

Tekak tak boleh telan masakan Arab, pakcik dan makcik boleh bawa 5 jenis makanan ini ke Tanah Suci

Lead Image

BAGI mereka yang bakal mengerjakan umrah buat pertama kali pasti berasa teruja dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Pelbagai perasaan timbul seperti teruja, seronok, bimbang dan bagi mereka yang cerewet bab makan pasti risau tentang perkara itu sepanjang berada di sana nanti.

Tenang saja, ada cara mudah membantu anda kurangkan perasaan rindu terhadap makanan rumah dengan memasak sendiri sajian ringkas yang tahan lama untuk di bawa ke sana.

MENARIK DIBACA : Mak-mak kalau di dapur jangan tergopoh-gapah, amal 7 doa ini ketika memasak

MENARIK DIBACA : Daun salam dan minyak kelapa bantu masalah kaki merekah, garam Epsom pula rahsia haluskan kulit

Selain puas hati sebab dapat makan makanan sesuai dengan tekak, bekal buat sendiri juga sedap, penuh dengan nutrisi sekali gus membantu mengekalkan tenaga dan sihat sepanjang ibadah.

Tip penting — simpan bahan-bahan dalam bekas plastik atau kaca yang kedap udara dan bahagikan ikut posisi keperluan harian supaya mudah dibawa selain menjaga kesegaran makanan.

Bukan itu saja, boleh juga kongsi dengan jemaah lain yang mengeratkan ukhuwah sepanjang perjalanan rohani ni.

Serunding antara menu mudah dibawa ketika keluar negara.

1. Serunding (ayam, daging, ikan)

Serunding antara makanan pembuka selera yang enak dan boleh dimakan dengan nasi atau pun roti.

Sebaik-baiknya simpan serunding dalam suhu sejuk sebelum bertolak ke Makkah agar jangka hayat makanan tahan lebih lama.

Bawa dalam pek kecil atau belas kedap udara mengikut pecahan hari atau jadual makan.

Sambal kering antara menu pilihan.

2. Sambal kering

Masak sendiri sambal kering mengikut tahap kepedasan anda mahukan.

Cili kering kaya dengan antioksidan bantu lindung sel badan daripada radikal bebas lebih lagi ketika badan terdedah dengan perubahan cuaca.

Langkah untuk pastikan sambal tahan, lmasak sehingga kering dan kurangkan kandungan gula punca kepada sambal lembap.

Lada hijau tinggi dengan anti oksidan.

3. Sambal hijau

Hilangkan rasa jemu dengan makanan Arab berempah dengan pedas-pedas sambal hijau.

Bukan saja enak, rasa pedas cili juga membantu menambah metabolisma dan pembakaran kalori. Kandungan vitamin C tinggi juga membantu untuk tingkat imun badan.

Jika mahu sambal kekal segar biarpun berminggu-minggu, sejukkan sambal sebelum simpan dalam belas kedap udara. Pilih bekas kaca atau plastik berkualiti kedap udara dan kotoran.

Goreng ikan bilis menggunakan minyak banyak agar tahan lama.

4. Ikan bilis goreng kering

Resipi ikan bilis goreng antara pilihan makanan praktikal dan tahan lama sesuai sebagai kudap-kudap.

Protein dalam ikan bilis juga mudah diserap membantu badan kekal sihat walaupun aktiviti fizikal tinggi seperti tawaf dan sa’i.

Goreng ikan bilis dengan tepung beras jika ingin menambah kerangupan. Bagi mengekalkan kerangupan, jangan kerap membuka bekas simpanan.

Bayam goreng rangup enak dijadikan sebagai kudap-kudapan.

5. Bayam goreng tepung

Kaya dengan zat besi, bayam juga sesuai dijadikan makanan ringan dibawa ke Tanah Suci sebab kandungan B kompleks di dalamnya membantu proses penukaran makanan kepada tenaga.

Resipi ini juga rendah kalori tapi tinggi dengan nutrisi diperlukan badan.

Jangan risau, makanan siap makan (ready-to-eat) dalam pek kedap udara dan makanan sendiri adalah dibenarkan.

Pastikan makanan dibungkus dengan kemas dan tidak mudah rosak.

Kerajaan Arab Saudi bagaimanapun melarang membawa makanan yang mudah basi atau mengeluarkan bau yang kuat seperti makanan basah atau mentah, produk tenusu cair dan makanan mengandungi alkohol.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Sakit tak baik-baik, doktor kongsi kebaikan kunyah bunga cengkih legakan batuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Masak pun boleh dapat pahala, ini 5 adab di dapur menurut Islam

Terhangat