KUALI | Tip & Trik

Daun salam dan minyak kelapa bantu masalah kaki merekah, garam Epsom pula rahsia haluskan kulit

Lead Image

ORANG-ORANG tua kata kalau hendak mengenali peribadi seorang wanita boleh dilihat dari keadaan kakinya.

Kaki yang bersih, licin dan terjaga dengan baik mencerminkan disiplin dan perhatian wanita terhadap kebersihan dan kesihatan diri.

Tumit halus dan kuku kaki terurus menjadi simbol individu itu memberi perhatian penuh terhadap penampilan diri dan tampil yakin di khalayak ramai.

Seperti bahagian wajah, kulit kaki juga memerlukan penjagaan rapi namun ramai terlepas pandang mengenainya kerana ia bukan titik fokus penampilan seseorang.

Sebenarnya banyak bahan semula jadi yang ada di dapur rumah boleh digunakan untuk menjaga kulit kaki.

Kuali ini kongsikan beberapa bahan boleh digunakan sebagai permulaan rutin penjagaan kaki di rumah.

Penggunaan garam Epson dalam air rendaman kaki membantu melegakan keletihan

1. Garam Epsom - Rahsia kulit kaki halus

Penggunaan kasut tidak sesuai atau berjalan dan berdiri terlalu lama boleh membuatkan kulit sekitar jari kaki dan tumit menjadi tebal.

Jika dibiarkan, kulit akan mula merekah membuatkan keadaan kurang menyenangkan sehingga mengganggu keselesaan.

Caranya, rendam kaki dalam campuran air suam dengan garam Epsom.

Garam Epsom bertindak membantu proses pengelupasan dan membantu menanggalkan sel kulit mati.

Magnesium dalam garam Epsom membantu meredakan keradangan dan memberi kesan menenangkan pada kulit dan bertindak sebagai pelembap semula jadi.

Kandungan asid lemak tepu dalam minyak kelapa membantu mengekalkan kelembapan kulit kaki

2. Minyak kelapa - Rahsia jaga kelembapan kaki

Kulit kaki kering biasanya akan menyebabkan pelbagai masalah termasuk punca kegatalan.

Bagi membantu mengembalikan kelembapan kulit, boleh cuba oleskan minyak kelapa yang bukan sahaja semula jadi tetapi mengandungi asid lemak tepu termasuk asid laurik yang membantu mengunci kelembapan kulit anda.

Daun salam lazimnya digunakan dalam masakan.

3. Daun Salam – Jaga mobiliti dan kecantikan kaki

Kulit kaki yang bebas daripada rekahan membantu meningkatkan mobiliti atau pergerakan seseorang.

Langkah pertama anda perlu memastikan kawasan kaki lembap atau tertutup dijaga dengan bagi mengelak pertumbuhan bakteria juga punca kaki berbau.

Rebus beberapa helai daun salam dan rendam kaki dalam air rebusan tersebut selama 20 minit.

Daun salam mampu menghentikan pertumbuhan mikroorganisma selain mengawal pertumbuhan bakteria penyebab bau kaki.

Untuk hasil lebih optimum, tambahkan beberapa titik ekstrak pudina turut dapat membantu menyejukkan dan menyegarkan kaki letih dan berbau.

Selain mengenyangkan, tekstur oat yang kasar juga sesuai dijadikan sebagai lulur.

4. Oat – Singkir kulit mati

Ramai tidak tahu bahawa oat atau boleh dijadikan sebagai pupur membantu proses menanggalkan kulit mati dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Selain melembapkan kulit, oat juga mempunyai sifat anti-radang untuk mencegah iritasi kulit.

Bagi kesan lebih optimum, campurkan oat bersama yogurt untuk membentuk pes sebelum disapukan pada bahagian kaki.

Biakan selama 20 minit lalu gosok dalam gerakan bulat dan bilas dengan air suam.

Gabung serbuk teh hijau bersama ekstrak lavender dalam air rendaman bantu kembalikan ketenangan.

5. Teh Hijau – Segarkan kaki

Dalam proses rawatan kaki, jangan lupa untuk memberikan kelegaan pada ketegangan otot dialami. 

Selepas seharian penat berjalan atau berdiri, anda boleh cuba rendamkan kaki dalam air rebusan teh hijau selama 15 minit. 

Boleh juga tambahkan ekstrak lavender yang dapat membantu bertindak mengurangkan tekanan dan memberikan kelegaan pada otot.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Hanya guna garam cara elak kelapa parut cepat tengik, boleh tahan sampai 3 bulan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tersalah pilih memang 'berasap' dibuatnya... Ada cara kenali tahap kepedasan cili kering

Terhangat