KUALI | Tip & Trik

Hanya guna garam cara elak kelapa parut cepat tengik, boleh tahan sampai 3 bulan!

Lead Image

SANTAN merupakan salah satu bahan penting dalam masakan Melayu seperti rendang, gulai lemak, kari termasuk kuih muih dan pencuci mulut seperti cendol dan aneka bubur.

Malah santan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar kopi apabila banyak kafe mula menawarkan hidangan berasaskan ramuan itu seperti coconut latte bagi menggantikan penggunaan susu.

Malangnya, kelapa parut yang disimpan terlalu lama akan cepat rosak dan berbau tengik walaupun disimpan di dalam peti sejuk beku.

Tapi jangan bimbang, setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya! Pengguna Facebook iaitu Ani Zam berkongsi cara menyimpan kelapa parut dengan betul agar ia tahan selama tiga bulan.

Kongsi Ani, tiada sebarang rahsia tertentu sebaliknya hanya garam diperlukan bagi merencatkan pembiakan bakteria yang boleh merosakkan kelapa parut selain bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi.

Garam merupakan ramuan rahsia dalam kaedah tersebut.

Jom kita hadam langkah-langkah menyimpan kelapa parut dengan betul.

  1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
  2. Taburkan dua tiga sudu kecil garam dan gaulkan ia sehingga sebati.
  3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan, kemudian kukus selama 15 minit.
  4. Bagi mengelakkan wap air jatuh dan masuk ke dalam bekas kelapa, balutkan kain pada tudung atau penutup periuk kukusan.
  5. Biarkan sehingga sejuk dan bungkuskan ia ke dalam plastik kecil.
  6. Setelah dibungkus, simpankan parutan kelapa di dalam peti ais bahagian beku.
  7. Setiap kali hendak menggunakannya, kukus semula kelapa tersebut untuk kembali lembut.
  8. Kaedah ini dikatakan boleh menjadikan kelapa tahan sehingga tiga bulan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

[V] Bau hanyir ‘potong’ selera makan! Ini petua cuci ikan guna 3 bahan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Daun salam dan minyak kelapa bantu masalah kaki merekah, garam Epsom pula rahsia haluskan kulit

Terhangat