KUALI | Tip & Trik

Masak pun boleh dapat pahala, ini 5 adab di dapur menurut Islam

Lead Image

RAMAI mungkin tidak sedar aktiviti memasak juga merupakan satu ibadah dalam agama Islam selagi dilakukan dengan niat yang betul dan mematuhi syarak.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya... Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur... jika ditimpa kesusahan dan dia bersabar, maka itu baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Maka, setiap kerja harian termasuk memasak boleh menjadi ladang pahala jika disertai dengan niat ikhlas dan adab yang betul.

Berikut adalah beberapa adab memasak dalam Islam yang boleh diamalkan:

Berwuduk membantu untuk lebih fokus ketika memasak.

1. Berwuduk sebelum memasak

Ambillah wuduk sebelum ke dapur, kerana ia bukan sahaja menyucikan diri malah membantu kita lebih tenang dan fokus. 

Jika mampu, lakukan juga solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

Cara ini bertujuan untuk memohon keberkatan dalam setiap hasil masakan kita.

2. Baca doa ketika masuk dapur

Amalkan doa ini ketika melangkah ke dapur:

"Rabbanaa aatinaa mil ladunka rahmatan wa hayyi’ lanaa min amrinaa rasyadaa."

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk dalam urusan kami.”

Doa ini memberi ketenangan serta memohon keberkatan dalam setiap hasil masakan kita.

Islam menggalakkan umatnya untuk memulakan segala pekerjaan dengan lafaz bismillah

3. Mulakan dengan Bismillah

Segala kerja yang baik dalam Islam digalakkan dimulakan dengan lafaz bismillah.

“Setiap perkara penting yang tidak dimulakan dengan ‘bismillah’, maka ia kurang keberkatan.” (Hadis Riwayat Al-Khatib)

Bacaan selawat dapat menyalurkan kasih sayang dalam makanan.

4. Berselawat sambil mengacau makanan

Ketika mengacau makanan, selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW. 

Ia bukan sahaja mendatangkan pahala tetapi diharap dapat menyebarkan ketenangan dan kasih sayang dalam makanan tersebut.

Amalan ini selari dengan sunnah Rasulullah SAW.

5. Kacau makanan dari kanan ke kiri

Amalan ini mungkin kelihatan remeh, namun ia selari dengan sunnah Rasulullah SAW yang mengajar kita untuk memulakan sesuatu dari bahagian kanan dalam urusan harian.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tekak tak boleh telan masakan Arab, pakcik dan makcik boleh bawa 5 jenis makanan ini ke Tanah Suci

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Macam pelik tapi tutup guna kain basah cara sayur tak cepat layu

Terhangat